Tue07242018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Daripada Terkuat Sebelum PRU14, Ringgit Kini Ke-4 Paling Lemah Di Asia

Prestasi ekonomi negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidakbegitu memberansangkan apabil pelabur asing mlakukan jualan pukal didalam pasaran ekuiti negara.

Akhbar kewangan Nikkei Asian Riview dipetik Utusan Online melaporkan, pelabur asing masih belum mempercayai kemampuan kerajaan baru mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya saing selepas pemansuhan cukai barangan dan pekhidmatan (GST).

Ujarnya, nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh pada awal pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad diatas kepercayaan Perdana Menteri itu mampu memajukan ekonomi Malaysia sepertimana pernah dilakukannya pada 1980-an.

“Tetapi mata wang itu semakin lemah hingga melebihi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hingga akhir Jun, ketika wujud kebimbangan mengenai kemampuan kewangan negara.

“Kenyataan bahawa hutang kerajaan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya dipercayai lebih daripada RM1 trilion menyebabkan keadaan semakin buruk,” jelas laporan tersebut.

Setahun sebelum PRU14, Bloomberg menilaikan ringgit sebagai mata wang paling kukuh di Asia - dua kali lebih kukuh berbanding nilai yuan, China.

Hujah Bloomberg, pelabur asing berminat untuk melabur ke Malaysia lantas merancakkan pembelian mata wang ringgit dan nilai kemasukan didalam pasaran saham antara April dan Mei adalah yang tertinggi berbanding tempoh sama pada 2013.

Walaubagaimanapun kini, ringgit muncul sebagai mata wang keempat berprestasi terburuk di Asia selepas baht, yuan dan rupee, lapor Utusan Online.

Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikan Ambank, Dr. Anthony Dass menjelaskan penyusutan ringgit disebabkan oleh pengukuhan nilai dolar disamping menerima tekanan antarabangsa termasuk ketidaktentuan ekonomi global.

Tambahnya, ringgit boleh dipulihkan sekiranya ekonomi domestik menunjukkan pertumbuhan positif, termasuk kestabilan nilai inflasi, pulangan positif dan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) kekal 3.25 peratus sepanjang tahun.

Firma penyelidikan MIDF Research dalam pada itu selari dengan pandangan Nikkei yang beranggapan kelembapan ekonomi negara berpunca daripada pemansuhan GST, sekaligus melemahkan nilai ringgit.

Tambahnya, pertukaran kerajaan dan perubahan dasar pasca PRU14 dengan memansuhkan projek mega seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Laluan Tiga MRT (MRT3) turut memainkan peranan.

- mD