Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 12pm

Ahok Tolak Pembebasan Bersyarat

JAKARTA - INDONESIA. Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana menghina agama Islam dilaporkan menolak pembebasan bersyarat.

Menerusi akaun Instagram adiknya, Fifi Lety Indra memberitahu, Ahok layak mendapat parol pada bulan depan dan dibebaskan sehingga empat jam sehari.

"Tetapi, abang saya memutuskan untuk meneruskan hukuman penjaranya hingga selesai. Kita tunggu sehingga bulan depan dan diharapkan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya," menurut Fifi, semalam.

Sementara itu, pihak berkuasa penjara mengesahkan Ahok telah menjalani dua pertiga hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya dan turut memberi kerjasama yang baik sepanAhok tolak pembebasan bersyaratjang tempoh tersebut.

Difahamkan, bekas pemimpin terbabit juga diberi pengampunan sempena sambutan Hari Natal pada tahun lalu.

Ahok dihukum penjara dua tahun pada Mei tahun lalu selepas mahkamah di Jakarta mendapati beliau bersalah kerana menghina agama Islam susulan tindakannya menggunakan ayat al-Quran ketika berkempen hingga mencetuskan protes besar-besaran di negara itu.

Hukuman tersebut dikenakan ke atas beliau beberapa minggu selepas Ahok tewas kepada pesaingnya, Anies Baswedan dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta.

April lalu, mahkamah turut meluluskan permohonan beliau untuk bercerai dengan bekas isterinya, Veronica Tan yang dikahwininya selama lebih 20 tahun.

- straits times