MSMW

Latest:



Couponxcess

Poll

Do you agree with with the low-cost housing loan scheme which will use money from the Employees Provident Fund (EPF) as announced by the Federal Territories and Urban Well-being Minister?
 



Pengerusi KITA Negeri Gesa Zaid Ibrahim Letak Jawatan, TInggalkan KITA
Friday, 03 February 2012 13:46

.PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI, 2012: Pengerusi-pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di peringkat negeri hari ini menolak bulat-bulat cadangan pengerusi parti tersebut, Datuk Zaid Ibrahim yang ingin membubarkan parti.

Mereka terdiri daripada ketua-ketua negeri Kedah, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kenyataan yang dibuat oleh Zaid semalam tidak mencerminkan pandangan negeri-negeri yang mereka pimpin.

 
Anda Tahu Susur-Galur Bangsa Mim?
Friday, 03 February 2012 12:22

Baru-baru ini ada tokoh sejarah mengatakan Hang Tuah hanya mitos atau lagenda. Itu pandangannya sebagai sejarawan. Saya tidak mampu untuk berpolemik dengan beliau.

 
KITA akan dibubarkan
Thursday, 02 February 2012 09:49

.Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.


Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam. Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.

 
'Ang Pow Putih', Perkasa Akui Tersilap
Wednesday, 01 February 2012 17:16

.KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI, 2012: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Ibrahim Ali hari ini berkata Perkasa mengambil iktibar mengenai komen yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu ‘ang pow’ putih pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru CIna anjuran Perkasa.

Kata Ibrahim, insiden tersebut menjadi pengajaran kepada Perkasa supaya lebih berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum lain pada masa hadapan.

“Ya, memang benar ianya satu pengalaman kepada Perkasa dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum tertentu,” kata Ibrahim.

 
Perkasa Gesa Setiap Masjid Sediakan Pengawal Keselamatan
Wednesday, 01 February 2012 17:13

.KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melontar kepala babi ke dalam kawasan masjid.

Presidennya, Dato’ Ibrahim Ali, menggesa setiap ahli politik samada dari Umno, MCA, Gerakan, PAS, DAP dan PKR supaya tidak hanya mengeluarkan kenyataan mengutuk sebaliknya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut sekiranya mereka benar-benar pemimpin yang bertanggungjawab.

“Sebelum ini sudah tiga masjid dilempar kepala babi. Kini yang terbaru di Masjid Nurul Iman Batu 18 Rawang yang menjadi masjid ketiga dalam negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah,” kata Ibrahim.

 
NFC- Zuraida Dakwa Salleh Cuba Rasuah Polis
Monday, 30 January 2012 15:26

.PETALING JAYA, 30 JANUARI, 2012: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini mendedahkan bahawa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarahkan oleh Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk merasuah polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan penyelewengan dana NFC.

Menurut Zuraida, Shamsubahrin telah dibayar sebanyak RM2.2 juta dan direkodkan sebagai ‘payment for corporate communications and media consultant’ di dalam rekod perakaunan NFC.

Katanya, melalui sumber yang beliau perolehi, Sahmsulbahrin dan Salleh telah diperkenalkan melaui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

(Beliau menarik semula kenyataan di atas melalui pembantu peribadinya selepas sidang media berakhir)

 
Anwar dan Israel
Monday, 30 January 2012 11:07

 

Di bawah ini adalah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam The Wall Street Journal Asia baru-baru ini.

 

 
YB Tony Pua dan Imaginasi Liarnya
Monday, 30 January 2012 10:51

 

Isu dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) atau yang dikenali sebagai SGPV (Second Generation Patrol Vessel)  oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akhirnya terjawab.

 

 
Insiden Ceramah ABU-Hindraf: Saksi Tampil Buat Laporan Polis
Friday, 27 January 2012 16:18

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI, 2012: Dua orang saksi hari ini tampil membuat laporan berkaitan insiden gangguan sekumpulan samseng ketika ceramah ABU–Hindraf di Jalan  Kebun, Kelang tempohari.

 
Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan Peluang PAS Serlah Kemampuan
Friday, 27 January 2012 14:18

.SHAH ALAM, 27 JANUARI, 2012: PAS Selangor hari ini menjelaskan bahawa perlantikan dan rombakan Exco yang baru dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dilakukan dengan sokongan dan persetujuan penuh pimpinan PAS Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, tidak timbul persoalan membelakangkan atau meminggirkan mana-mana pimpinan di dalam pelantikan dan rombakan tersebut.

Katanya, PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya, Dr. Abdul Rani Osman, telah dirujuk dan turut serta dalam segala keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

 
«StartPrevious1234567NextEnd»

Page 1 of 7