Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Pro A Sapu Bersih Pilihanraya Kampus

  
Friday, 21 September 2012 21:53

Pix: FreeMalaysiaTodayPix: FreeMalaysiaTodayPETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung semalam di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih menewaskan Pro Mahasiswa.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus semalam adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pengumuman keputusan pilihan raya kampus ini telah dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh jawatankuasa pemilih perwakilan pelajar.

Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Di UiTM pula, Aspirasi menang 25 kerusi daripada 27 yang dipertandingkan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti itu  yang berlangsung sejak awal pagi Khamis ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan.

 

 

- Free Malaysia Today

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.