JPA Setuju Tangguh Pertukaran Datuk Bandar PJ |
| Thursday, 04 October 2012 13:05 | |||
|
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata, penangguhan selama sebulan itu bagi membolehkan Mohamad Roslan menyelesaikan tugas-tugas beliau di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Menurut Ali, tiada apa-apa keperluan untuk pembekuan itu dilakukan kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sememangnya sudah berbincang dengan Mohamed Khusrin dan kedua-dua bersetuju dengan penangguhan tersebut. Beliau juga menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kebiasaannya pertukaran dilakukan pada awal tahun dah perkara itu kerap berlaku dalam perkhidmatan awam.
"Pertukaran dilakukan bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi juga bagi tujuan kenaikan pangkat." "Pertukaran pegawai-pegawai kanan adalah proses biasa dan bagi yang menunjukkan prestasi baik mereka perlu diberikan kenaikan pangkat. "Dalam kes Mohamad Roslan, terdapat kekosongan dan pertukaran itu masih dalam negeri," katanya. Ali berkata, JPA akan memberikan nama calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Mohamad Roslan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya kepada Mohamed Khusrin. - Utusan Malaysia
|

















