Faekah Husin 'Akur Nasihat Pemimpin PKR' |
| Sunday, 07 October 2012 16:27 | |||
|
Katanya, beliau “akur” dengan teguran kepimpinan PKR agar tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan. “Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.
“Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Katanya, teguran yang dibuat Timbalan PengerusiPKR Selangor, Zuraida Kamaruddin semalam diterima dengan berlapang dada dan akan mengikuti nasihatnya.
Selain Zuraida, Faekah juga diingatkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei semalam supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.
Shuhaimi juga menasihati Faekah supaya membaca keseluruhan kenyataan dibuat Azmin terlebih dahulu kerana ia jelas langsung tidak menjurus kepada niat untuk menukar Khalid sebagai Menteri Besar. - Sinar Harian
|

















