|
By SM AMIN ([email protected])
|
|
Thursday, 11 October 2012 20:50 |
Gambar fail Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.SHAH ALAM: Keputusan Kerajaan Negeri untuk melakukan pembenihan awan membuktikan Selangor mungkin berhadapan dengan krisis air, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor itu menempelak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila selama ini beliau (Abdul Khalid) melaungkan bahawa empangan di Selangor sentiasa penuh.
"Walaupun air empangan adalah simpanan air tidak terawat dan hanya akan digunakan apabila perlu, namun masalah mula melanda Negeri Selangor apabila bacaan di Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan 56 peratus. "Menteri Besar terdesak ketika ini, sebab itu dia mencadangkan agar dibuat pembenihan awan untuk mengatasi masalah tersebut," katanya pada sidang media di Bangunan Umno di sini, hari ini. Mohd Zin turut mempersoal kos untuk pembenihan awan seperti yang dicadangkan Abdul Khalid, dan jika ianya merupakan penyelesaian untuk jangka masa panjang. "Persoalannya, berapakah kos untuk pembenihan awan ini... adakah ianya merupakan penyelesaian jangka panjang?" soalnya. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong dikhuatiri terjejas ekoran penyusutan paras air di Empangan Sungai Selangor sejak Mei lalu. Menteri Besar, dalam respon balasnya, berkata Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi menggalakkan hujan sekiranya bacaan air di Empangan Sungai Selangor berada di bawah tahap 50 peratus.
- mD
|