Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Polis Sambung Reman Lelaki Larikan Porsche Bernilai Hampir Sejuta Ringgit

  
Monday, 15 October 2012 16:24

Gambar file bilik pameran di mana sebuah kereta Porsche dibawa lari pada pagi Okt 11 lepas. Pix: NSTGambar file bilik pameran di mana sebuah kereta Porsche dibawa lari pada pagi Okt 11 lepas. Pix: NSTKUALA LUMPUR: Polis menyambung reman selama empat hari ke atas suspek yang dipercayai terlibat melarikan sebuah kereta mewah Porsche Panamera dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini, tiga hari lepas. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata reman pertama terhadap lelaki berumur 31 tahun itu tamat hari ini. 

Beliau berkata, Porsche yang bernilai hampir sejuta ringgit itu dipercayai telah diserahkan kepada pihak kedua. 

"Kita sedang menyiasat kemungkinan kejadian itu melibatkan sindiket," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, seorang lelaki berpakaian kemas dan bertopi telah memasuki bilik pameran tersebut dengan berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di syarikat itu. 

Dia seterusnya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan. 

Lelaki tersebut kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi kereta dan setelah menjumpainya dia terus menaiki dan memecut kereta yang belum didaftarkan itu ke arah Bukit Bintang. 

Ekoran kejadian itu, polis menahan suspek di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang, Selangor, kira-kira 3.00 pagi keesokan harinya. 



- Bernama


 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.