Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Lelaki P. Pinang Kini Boleh Kahwin Dua Tanpa Izin Isteri Pertama

  
Wednesday, 17 October 2012 15:30

Polygamy_KUALA LUMPUR: Orang lelaki di negeri ini tidak lagi perlu mendapat keizinan isteri pertama untuk berkahwin lain, sekaligus mampu mengatasi masalah wanita lanjut umur yang masih membujang. 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein berkata, mereka hanya perlu mendapatkan kebenaran mahkamah syariah untuk berbuat demikian tetapi perlu mempunyai alasan kukuh sebelum dipertimbangkan. 

“Bagi mereka yang mahu berpoligami, mereka boleh mendapatkan kebenaran mahkamah syariah untuk tidak melampirkan kebenaran isteri pertama dan seterusnya bergantung kepada pertimbangan hakim. 

“Mungkin kalau alasan yang dinyatakan kukuh dan membawa kebaikan, hakim akan memberikan kebenaran tersebut, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau diminta mengulas cadangan Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail dari Ampangan, Seremban dalam ruangan Forum hari ini supaya melonggarkan syarat berpoligami bagi membantu masalah wanita lanjut umur yang belum berkahwin.

Syed Abdullah mencadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih dari 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama.

Syarat lain yang perlu dilonggarkan adalah untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.

Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing.



- Utusan Malaysia


 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.