Polis Kenal Pasti Suspek Curi Audi R8 dan Porsche Panamera |
| Wednesday, 17 October 2012 22:34 | |||
|
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis percaya kes kecurian Audi R8 yang dilaporkan hilang pada 6 Sept lepas mempunyai kaitan dengan kes kecurian kereta mewah jenis Porsche Panamera pada Khamis lepas. Kereta Audi R8 itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat pameran kereta di Chan Sow Lin pada 6 Sept dianggarkan bernilai hampir RM560,000 manakala Porsche Panamera bernilai lebih RM900,000 dilaporkan dilarikan dari bilik pameran kereta di Jalan Bukit Bintang Khamis lepas.
|
















