Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Sekatan Temubual Pasangan Blogger Seks Di Radio: Kementerian Akan Teliti Laporan SKMM

  
Sunday, 21 October 2012 21:21

Tan (kiri) dan Lee telah ditemubual dua radio tetapi penyiaran rakamannya disekat SKMM.Tan (kiri) dan Lee telah ditemubual dua radio tetapi penyiaran rakamannya disekat SKMM.KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau akan meneliti laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sekatan terhadap penyiaran temubual pasangan yang terlibat dengan aksi seks dalam blog 'Sumptuous Erotica'.

Kerajaan, katanya mempunyai kuasa terakhir sama ada perlu diambil tindakan fizikal dari segi undang-undang atau tidak.

"Saya akan lihat dahulu apa-apa laporannya, tetapi saya cenderung untuk mengatakan kita tidak wajar melayani apa-apa yang disohorkan menerusi Internet yang melibatkan pornografi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografi 'Zubir Said The Composer of Majulah Singapura' di sini hari ini.

Rais berkata walau bagaimana mana moden sekalipun rakyat pada masa kini, soal pornografi di Internet dan budaya untuk mempopularkan pornografi sama ada secara langsung atau tidak adalah tidak wajar diberi tekanan dan digalakkan.

"Sama ada dapat disiarkan atau tidak itu bukan saya untuk tentukan, SKMM akan lihat dan saya akan ambil laporannya," katanya.

Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang di Universiti Nasional Singapura dan teman wanitanya Vivian Lee mendapat perhatian ramai apabila mereka mempamerkan bahan lucah serta memasukkan gambar dan video aksi seks mereka di blog.

Stesen radio Red FM dan Capital FM yang menemubual pasangan itu bagaimanapun gagal menyiarkan rakaman temubual tersebut yang sepatutnya ke udara pada slot 2 petang semalam kerana tidak mendapat keizinan daripada SKMM.

Mengenai lagu 'Harapan Bangsa' nyanyian penyanyi terkenal Jaclyn Victor yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Rais berkata kementerian akan menyiasat dan meneliti lirik lagu tersebut.

"Kita siasat dan jangan tiba-tiba ambil tindakan. Kadangkala sebutan itu mengandungi pengertian mendalam, kami boleh buat kajian itu dan akan laksanakan tuntutan orang ramai sekiranya diperlukan," katanya.

 

- Bernama

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.