Sun06252017

LAST_UPDATEFri, 30 Jun 2017 8am

Makan Cafe Brings Warmth And Comfort To  Grenfell Tower Survivors

Makan Cafe Brings Warmth And Comfort To Grenfell Tower Survivors

LONDON: Makan C...

Five Risks, Challenges For Malaysia To Overcome

Five Risks, Challenges For Malaysia To Overcome

KUALA LUMPUR: Datuk ...

Aidilfitri Serves To Appreciate, Respect Cultural Diversity - Sultan Nazrin

Aidilfitri Serves To Appreciate, Respect Cultural Diversity - Sultan Nazrin

IPOH: The spiri...

Kota Putera Paragliding Park Gets New Name

Kota Putera Paragliding Park Gets New Name

BESUT, June 24 --&...

Artist Finds Traditional Malay Cooking Therapeutic

Artist Finds Traditional Malay Cooking Therapeutic

KUALA TERENGGANU, ...

China, U.S. Agree On Aim Of 'Complete, Irreversible' Korean Denuclearization

China, U.S. Agree On Aim Of 'Complete, Irreversible' Korean Denuclearization

China and the United...

Arconic Knowingly Supplied Flammable Panels For Use In Tower: Emails

Arconic Knowingly Supplied Flammable Panels For Use In Tower: Emails

LONDON: Six emails s...

UAE Condemns

UAE Condemns "Terrorist Crime" Targeting Grand Mosque In Makkah

DUBAI: The United Ar...

Over 100 Buried In Southwest China Landslide

Over 100 Buried In Southwest China Landslide

CHENGDU, June 24 -...

Seek Traditional Media For True News - Forum

Seek Traditional Media For True News - Forum

ASTANA (Kazak...

Affin Bank, Affin Islamic Appoint New Chairman

Affin Bank, Affin Islamic Appoint New Chairman

KUALA LUMPUR: Affi...

Geely Signs Final Contract With DRB-Hicom

Geely Signs Final Contract With DRB-Hicom

KUALA LUMPUR - Chi...

Argentina Spotlights Value Of Joining China-Led AIIB

Argentina Spotlights Value Of Joining China-Led AIIB

BUENOS AIRES -- An...

Oil's Slide  Boosts Gold Futures

Oil's Slide Boosts Gold Futures

KUALA LUMPUR, June...

Muhibbah ENG Nonchalant On Possibility Of More Qatari Contracts

Muhibbah ENG Nonchalant On Possibility Of More Qatari Contracts

SHAH ALAM, June 22...

Killer Whales Chasing Away Fishermen Likened To Motorcycle Gang

Killer Whales Chasing Away Fishermen Likened To Motorcycle Gang

A pod of orcas are...

Parents Blamed After Video Of Intoxicated Schoolboy Dancing Away Like He Is Being Possessed Goes Viral

Parents Blamed After Video Of Intoxicated Schoolboy Dancing Away Like He Is Being Possessed Goes Viral

After being shroud...

8,800 TNB Staff Are Sacrificing Their Hari Raya Holidays, Just For You

8,800 TNB Staff Are Sacrificing Their Hari Raya Holidays, Just For You

Malaysian Muslims ...

'Poisonous & Evil Rubbish' And 'Deformed Man Toilet', China Declares War On 'Chinglish'

'Poisonous & Evil Rubbish' And 'Deformed Man Toilet', China Declares War On 'Chinglish'

Malaysia has its f...

Tom Cruise ‘Juggled Bible Study And Blow Jobs’ While Filming Risky Business

Tom Cruise ‘Juggled Bible Study And Blow Jobs’ While Filming Risky Business

A new memoir has e...

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan SUARAM dalam satu kenyataan hari ini mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.

Kematian terbaru K Nagarajan, 32 pada 21 Disember 2012 merupakan yang ketiga di balai tersebut, sebelum ini dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

“Balai polis Dang Wangi belum pun kering lagi darah ditangan tetapi sudah menambah satu lagi kematian dalam rekod, Nagarajanadalah mangsa yang terkini,” kata jawatankuasa Suaram, R Thevarajan hari ini.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), Nagarajan didakwa mati setelah terjatuh di dalam lokap ketika ditahan di balai polis Dang Wangi.

Kumpulan tersebut juga menggesa satu inkuiri bebas dijalankan bagi menyiasat kematian mangsa terbaru tersebut.

“SUARAM sangat marah dan terkilan dengan kematian dalam tahanan yang masih berterusan. Sebagai menuntut keadilan, kami menggesa satu inkuiri bebas diadakan untuk meniyiasat.

Disamping itu, SUARAM juga mengecam Zainuddin sebagai seorang OCPD yang tidak bertanggungjawab memandangkan kematian kali ini adalah yang ketiga sejak beliau menggantikan Mohamad Zulkarnain Abd Rahman pada Ogos tahun lepas.

“Bagaimana beliau boleh membenarkan satu lagi kematian suspek semasa di bawah pengawasannya,” soal Thevarajan kepada Zainuddin.

Menurut SUARAM, di bawah Undang-Undang Lokap 1958, seseorang pegawai polis yang bertugas perlu memastikan kesihatan tahanan dalam keadaan baik dan lokap yang didiaminya selesa, selain bertanggungjawab memastikan kesihatan tahanan dan lokap semasa waktu ditahan berada pada tahap baik.

Sekiranya Zainuddin gagal dan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya serta mengurangkan kadar kematian dalam tahanan, SUARAM menggesa beliau untuk meletak jawatan.

Kumpulan tersebut juga menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang sudah lama mereka cadangkan kerana selagi inkuiri tersebut tidak diwajibkan, semua aduan daripada orang awam dan kumpulan bukan kerajaan tidak akan diendahkan.

Statistik PDRM menunjukkan daripada tahun 2000 hingga 2011, sebanak 147 orang telah mati di dalam tahanan.

Kematian dalam tahanan A Kugan di balai polis USJ pada 2009 dan Teoh Beng Hock semasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2009 antara kes mendapat perhatian utama rakyat Malaysia hingga kerajaan dikritik dengan hebat ekoran kematian tersebut.


Oleh Md Izwan / The Malaysian Insider

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/suaram-kecam-ocpd-dang-wangi-ekoran-satu-lagi-kes-mati-dalam-tahanan/