Tiga Beranak Maut Depan Rumah Dihempap Bahan Konkrit |
| Thursday, 24 January 2013 13:40 | |||
|
Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa Ngaisah Redzuan, 46, yang merupakan seorang guru dan dua anaknya, Mohd. Nurullah Al-Azim Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10, meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa, Mohd Ghazali Salamun, 45, yang merupakan Pengerusi Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Umno Bahagian Bakri dan Pengerusi Belia Jati yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu meraung-raung apabila melihat kejadian tersebut. Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dengan tujuh anggota. Menurut beliau, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam timbunan bahan binaan konkrit itu. "Kemalangan ini menyebabkan kereta itu terperosok di bawah timbunan konkrit dan memaksa kami meminta bantuan dua buah jentera pengangkat (forklift) untuk mengangkat timbunan konkrit itu bagi mengeluarkan mangsa dari kereta berkenaan. Bagaimanapun, semua mangsa sudah meninggal dunia apabila dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk dibedah siasat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Kosmo! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2IrQwwOlI Hakcipta terpelihara
|













