Hindraf Berkerjasama Dengan ABU

Dajmarizal Zolkipli   
Wednesday, 18 January 2012 13:49

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI, 2012: Hindraf dan Asalkan bukan Umno (ABU) akan bekerjasama dan mengatur 11 ceramah di lebih lima buah negeri bermula pada 21 Januari umum Ketua Penyelaras Hindraf, W. Sambulingam.


Dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat ABU, Sambulingam berkata perjanjian telah dibuat diantara kedua-dua NGO untuk ABU mengadakan ceramah di lokasi yang disediakan oleh Hindraf.

"Rundingan antara wakil ABU dengan pemimpin Hindraf yang berpusat di London telah bersetuju bahawa Umno mesti pergi, dan kerana tujuan dan perjuangan kami serupa, kami mengambil kesempatan ini untuk bekerja bersama-sama dengan ABU," kata Sambulingam.

 
"Oleh itu, Hindraf telah mengenal pasti 11 lokasi di lima buah negeri yang akan menjadi tempat untuk ceramah ABU," tambah Sambulingam.

 
Dengan perjanjian itu, Hindraf telah menyertai beberapa NGO dan parti politik lain seperti PAS, Parti Rakyat Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam menyatakan sokongan pada ABU.


Sambulingam juga menjemput ahli-ahli politik Pakatan Rakyat untuk menunjukkan sokongan mereka kepada inisiatif ABU dan bekerja bersama-sama untuk melawan Umno.

Aktivis Haris Ibrahim berkata ABU menjemput sesiapa sahaja dari parti politik untuk menyertai pergerakan itu selagi mereka tidak mempunyai hubungan dengan Umno.


"Bakul Umno tidak semua yang buruk, tetapi jika anda masih berada di dalamnya, anda akan dicat dengan berus yang sama ... tinggalkan parti itu, kami mengalu-alukan anda," kata Haris mengulas mengenai kemungkinan ahli politik Umno yang menyokong ABU.

Ceramah Abu pertama akan diadakan di Dewan MBSA Klang pada 21 Januari jam 8 malam dan akan menyentuh tiga isu utama yang berkait rapat dengan rakyat.

 "Kami akan bercakap tentang kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta politik perkauman," kata Haris.

 
"Dalam ceramah, orang ramai akan memahami bahawa Umno memainkan peranan yang kotor dalam semua tiga isu itu," tambah Haris.

 

 

- mD

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share