Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan Peluang PAS Serlah Kemampuan

Aidil Syukri   
Friday, 27 January 2012 14:18

.SHAH ALAM, 27 JANUARI, 2012: PAS Selangor hari ini menjelaskan bahawa perlantikan dan rombakan Exco yang baru dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dilakukan dengan sokongan dan persetujuan penuh pimpinan PAS Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, tidak timbul persoalan membelakangkan atau meminggirkan mana-mana pimpinan di dalam pelantikan dan rombakan tersebut.

Katanya, PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya, Dr. Abdul Rani Osman, telah dirujuk dan turut serta dalam segala keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

“Pelantikan Dr. Ahmad Yunus sebagai Exco telah dibincang dan dipersetujui bersama Dr. Rani memandangkan pilihanraya umum akan diadakan bila-bila masa. Dr. Rani baru sahaja mengambil alih tugas sebagai pesuruhjaya dan beliau menganggap tumpuan perlku diberi kepada usaha meningkatkan tahap kesediaan PAS Selangor untuk berhadapan dengan PRU 13,” kata Khalid.

“Ini adalah kerana PAS Selangor menetapkan sasaran untuk memenangi semua 20 kerusi yang bakal ditandingi pada PRU akan datang. Adalah menjadi matlamat PAS dan misi Pesuruhjaya untuk menjadikan tema ‘PAS ganti Umno’ satu reality politik dan bukan sekadar cogan kata semata-mata,” tambah beliau.

Menurut Khalid, pelantikan Dr. Ahmad Yunus sebagai Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan boleh memberikan peluang kepada PAS untuk menambah sokongan.

Katanya, pelantikan tersebut boleh digunakan untuk menyerlahkan kemampuan PAS di dalam cabang lain selain Islam.
 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share