Anwar Ibrahim Club Tuntut Media Prima Berhad Henti Berat Sebelah

Aidil Syukri   
Friday, 17 February 2012 12:50

.PETALING JAYA, 17 FEBRUARI, 2012: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini menghantar memorandum kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaafar, menuntut konglomerat media itu untuk menghentikan berat berat sebelah terhadap pemimpin pembangkang, DatukSeri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel dan Palestin.

Johan telah diwakili oleh Mastura Adnan daripada Unit Komunikasi Korporat MPB.

Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad berkata AIC mengutuk keangkuhan MPB yang telah menyerang Anwar berhubung pendirian beliau dalam polemik Israel dan Palestin sejak beberapa minggu lalu.


Katanya, AIC menyifatkan keadaan itu sebagai pembunuhan karakter terancang untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar.

"MPB sengaja memburuk-burukkan Anwar tanpa memberi beliau peluang untuk menerangkan dan mempertahankan fakta sebenar mengenai isu itu, "kata Saifuddin.

"Sebagai konglomerat media yang bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang tepat, MPB tidak seharusnya dengan sewenang-wenangnya menyerang dan memaparkan berita untuk tontonan awam tanpa meminta penjelasan daripada Anwar yang diserang," katanya.

Tambah beliau, adalah sesuatu yang tidak adil apabila Anwar tidak diberi peluang untuk menjelaskan kepada rakyat apa pendirian sebenar beliau mengenai isu tersebut.

"Dengan itu, AIC menggesa MPB untuk menghentikan serangan murahan. Kami juga mencabar MPB melalui Buletin Utama, khususnya, untuk memberikan ruang untuk Anwar muncul secara eksklusif dalam masa terdekat supaya beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah terhadapnya, "kata Saifuddin.
 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share