PAS Perlu Jadi Peneraju PR Sebelum Ganti Umno |
| Monday, 04 June 2012 11:02 | |||
|
“Dalam kalangan tiga parti, Pas mempunyai kerusi paling sedikit, kita tidak nampak bagaimana parti yang mempunyai kerusi paling sikit boleh jadi peneraju,” katanya ketika kepada Sinar Harian semalam. Abdul Rahman berkata, sokongan parti itu masih jauh di belakang DAP dan PKR dan keadaan itu memberi gambaran jelas keupayaan sebenar Pas.
“Pas juga sentiasa akur dengan tekanan daripada DAP dan PKR, langsung tiada pendirian mereka sendiri sekadar pak turut semata-mata dan ia boleh dibuktikan dengan pelbagai isu yang berlaku sebelum ini.
“Oleh itu, bagaimana Pas mahu ganti Umno? Mereka perlu buktikan keupayaan dulu baru boleh bercakap,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, Pas juga tidak layak menggantikan Umno kerana sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal mahu menegakkan Islam dan ketuanan Melayu.
Beliau berkata, ia jauh berbeza dengan Umno yang sentiasa konsisten dalam matlamat asal parti biar apa juga keadaan sekalipun selain menjadi juara menjaga kebajikan rakyat dengan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan.
“Malah, kita lihat bilangan kerusi Parlimen Pas lebih kecil dari PKR dan DAP sedangkan kerusi Umno pula banyak dalam Barisan Nasional (BN),” katanya.
Dipetik dari: Sinar Harian
|
KOTA BHARU: Pas perlu membuktikan parti itu mampu menjadi peneraju dalam pakatan sebelum memikirkan untuk menggantikan Umno.














