Juruterbang Warga Jerman Terselamat, Tiga Penumpang Masih Hilang |
| Friday, 20 July 2012 11:54 | |||
|
KUCHING: Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120, milik Sebiro Holdings, dalam penerbangan ke Nanga Merit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama, berkata juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui. Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), helikopter tersebut berlepas dari KIA pada pukul 8.57 pagi dengan tiga penumpang berkenaan iaitu seorang jurutera syarikat Sebiro Holdings dan dua juru perunding.
- Bernama
|













