|
|
|
Tuesday, 31 July 2012 10:22 |
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah dituduh berbelanja mewah untuk kereta mewah, bagi kegunaan rasmi.
Menurut Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang (kanan), Kedah telah membeli sebuah Mercedes S350 pada akhir tahun lepas untuk menteri besar.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tan berkata tiga gambar yang dipaparkan di laman blognya, yang diambil kira-kira dua minggu lalu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, menunjukkan kerajaan negeri telah menyalahgunakan wang pembayar cukai.
"Harga pasaran untuk S350 Mercedes adalah kira-kira RM850,000. Ini tidak termasuk harga plat nombor, KCX 8," tulis Tan dalam blognya.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak pasti sama ada kereta itu telah didiskaunkan atau dikecualikan daripada duti eksais.
Azizan berkata pada November lalu kerajaan negeri Kedah memilih untuk membeli lima Toyota Camrys dan Mercedes-Benz S Class kerana kos penyelenggaraan yang tinggi bagi kereta Proton Perdana V6 yang digunakan sebelumnya.
Tan juga mempersoalkan Azizan sama ada pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk mengkritik pemimpin BN yang dituduh menggunakan wang rakyat apabila mereka sendiri menggunakan wang pembayar cukai untuk membeli kereta mewah.
- dipetik dari Malaysiakini
|