Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Polis Lanjut Reman Anggota Keluarga Terdekat Eksekutif TV9

  
Monday, 06 August 2012 22:15

KUALA LUMPUR: Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas anggota keluarga terdekat eksekutif pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kematian wanita itu 28 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tempoh tahanan reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 10 Ogos ini.

Syaleza ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam, 29 Julai lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 


- Bernama

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.