Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Najib Berlepas Ke Mekah Hadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC

  
Monday, 13 August 2012 09:09

najib_razak988SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berlepas ke Mekah hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pesawat yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 malam.

Sidang Kemuncak Luar Biasa sesi keempat itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara-negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembali dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia dan memerangi unsur-unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.
 
Perdana menteri dijangka menyampaikan kenyataan berkenaan pendirian Malaysia terhadap isu-isu yang bakal dibangkitkan pada sidang tersebut.
 
Perdana menteri dijadual pulang ke ibu negara pada Khamis.
 
 - Bernama
 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.