Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

11 Cedera Selepas Dua Gerabak Ekspres Wau Tergelincir di Merapoh

  
Saturday, 18 August 2012 18:10

Gamgar: Berita HarianGamgar: Berita HarianKUANTAN: 11 penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada jam 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui.

Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian.

Abdul Razak berkata, punca kejadian masih dalam siasataan.


- Bernama



 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.