Abdul Azeez bersama anak-anak pelarian Rohingya ketika melawat ibu pejabat KP1M di Jalan Kampung Attap di sini, hari ini.KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia Club (KP1M) akan membekalkan jaket kalis peluru kepada para sukarelawan yang akan mengiringi kelab tersebut dalam misi bantuan kemanusian ke Myammar bagi membantu penduduk Rohingya, pada Jumaat ini.
Penyediaan tersebut sebagai satu langkah bagi mengelakkan berlakunya tragedi yang mungkin melibatkan sukarelawan, sepertimana kejadian malang yang pernah menimpa ke atas jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor. Allahyarham telah di tembak mati ketika sedang menjalankan tugas membuat liputan mengiringi kelab tersebut dalam misi bantuan Somalia tahun lepas.
Pengerusi KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, untuk misi kali ini, pihak kelab telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang ancaman dan keganasan yang mungkin akan mereka hadapi kelak.
"Kita sedar akan implikasi insiden sebelum ini. Setakat ini, kami melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan ke atas para sukarelawan", katanya kepada Digest Malaysia hari ini.
Seramai lebih 60 sukarelawan, termasuk kakitangan media dijangka akan menyertai pasukan misi bantuan kali ini. Mereka akan menghulurkan bantuan ke Kutapalons dan Mayapara di Bangladesh serta kem pelarian Arakan di Maungbow dan Bathidaung di Myanmar.
"Para sukarelawan yang akan mengiringi pasukan bantuan akan memakai jaket peluru yang dibekalkan oleh tentera Malaysia. Daripada 60 sukarelawan itu, hanya 10 orang termasuk satu atau dua kakitangan media yang akan ke kawasan tersebut bagi menghantar bantuan.
"Pasukan yang dipertanggungjawab menyerahkan barang-barang akan dibekalkan jaket kalis peluru manakala yang lain akan tinggal di atas dek atau di lori, bagi mengendalikan hal lain sepertik logistik dan sebagainya," katanya.
Tambah Abdul Azeez, semua sukarelawan perlu menjalani kursus keselamatan selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini sebagai mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Kursus ini akan dikendalikan oleh Datuk Dr Mohd Alwi Abdul Rahman yang merupakan pakar dalam pengurusan Perubatan Kecemasan dan Bencana.
Menurutnya lagi, sebaik saja pasukan bantuan tiba, mereka akan bergabung dengan ahli-ahli angkatan tentera yang disediakan oleh kerajaan Myanmar.
Pun begitu, setakat ini pihak kelab belum dapat memastikan jumlah sebenar kakitangan media yang akan menyertai misi bantuan tersebut sehingga akan diketahui pada hari Rabu ini. Bagaimanapun, beliau menjangkakan seramai kira-kira 14 orang kakitangan media yang akan terlibat.
Terdahulu, hari ini, beliau telah melawat ibu pejabat KP1M di Jalan Kampung Attap, untuk bertemu dengan beberapa pelarian Rohingya di Malaysia. Selain itu beliau turut memeriksa bekalan-bekalan yang akan diagihkan kepada kawasan yang dilanda perang.
Objektif KP1M adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan, terutamanya makanan kepada kira-kira 200,000 pelarian Rohingya. Pasukan itu akan berlepas dengan kapal oleh kapal Pelabuhan Klang pada 31 Ogos dan dijangka kembali ke tanah air pada 6 September depan.
Pihak kelab mensasarkan untuk membantu enam buah kem utama di sempadan yang menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya.
Salah seorang pelarian Rohingya bersyukur dan berdoa agar krisis di negara kembali reda.
Adul Azeez memeriksa bekalan makanan yang akan dihantar untuk misi kali ini
Selain itu KP1M juga turut mengalu-alukan derma dan sumbangan daripada orang awam dan bantuan tersebut boleh dihantar ke ibu pejabat di 66 Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, sebelum 31 Ogos ini.
Antara bantuan yang dikehendaki seperti dari segi sumbangan termasuk makanan, selimut, air mineral, ubat-ubatan, dan susu tepung untuk bayi.
Pada 28 Ogos tahun lalu, KP1M telah menyusun misi bantuan kemanusiaan ke Mogadishu di Somalia, di mana dua kakitangan media telah ditembak, seseorang meninggal dunia manakala yang lainnya terselamat.
Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, ditembak pada 2 September 2012 sekitar jam 10.30pm waktu Malaysia dan telah meninggal dunia semasa rawatan perubatan di 11.07pm (waktu Malaysia) iaitu lima jam lebih awal daripada waktu Mogadhisu.
Sewaktu kejadian, tembakan telah di arahkan ke sebuah trak tentera kerajaan yang mengiringi kenderaan media dan peluru sesat telah menembusi paru-paru Noramfaizul.
Manakala satu lagi tembakan telah terkena jurukamera TV3, Aziz Reza Mazlan, tetapi beliau hanya mengalami kecederaan ringan.
Ekoran kejadian itu, KP1M telah dikritik kerana kegagalan mereka untuk memberi perlindungan yang secukupnya kepada kakitangan media serta kekurangan latihan keselamatan untuk para sukarelawan yang menyertai misi ke kawasan-kawasan yang dilanda perang.
KP1M telah dipersoalkan tentang sama ada mereka telah memberi amaran sebaiknya kepada 55 orang dalam misi tersebut, yang mana terdiri daripada sukarelawan, doktor, kakitangan tentera udara dan pekerja media. Sekaligus turut dipersoalkan mengenai keselamatan wartawan yang membuat liputan di zon berbahaya.
Noramfaizul merupakan wartawan Malaysia pertama yang terkorban dalam zon konflik. Justeru allahyarham telah diangkat sebagai wira Malaysia. Menurut rakannya Khairulanuar Yahaya, Noramfaizul pernah menyertai tiga misi kemanusiaan lain ke Gaza, Pakistan dan New Zealand mewakili Bernama.
Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) telah menyenaraikan Noramfaizul sebagai wartawan ke-35 disahkan terbunuh dalam laporan di Somalia sejak 1992. Sementara itu urut dicatatkan dua lagi pemberita namun masih belum disahkan. Menurut sumber yang sama, tragedi yang berlaku di Somalia pada tahun 2009 adalah paling dahsyat apabila mencatatkan sembilan wartawan terbunuh dalam tempoh itu.
Mengulas mengenai kontroversi tersebut, Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa pihak kementerian akan bekerjasama dengan media untuk membangunkan garis panduan untuk kakitangan media yang bekerja di zon berisiko tinggi.
- mD