Isytihar harta pada SPRM: Anwar dan geng ada berani?

Print E-mail
Roslan Bian   
Thursday, 01 March 2012 10:12

.Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kerajaan bersetuju supaya semua menteri Kabinet, timbalan menteri termasuk anggota keluarga terdekat mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pemimpin pembangkang menikus tidak banyak memberi komen.


Memang betul sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan PKR Selangor pimpinan pembangkang riuh rendah kononnya Ketua Menteri mahupun Menteri Besar dan Exco diminta isytihar harta masing-masing, tetapi tidak diketahui setakat mana mereka melaksanakannya.

Laman web rasmi kerajaan Selangor pernah melaporkan aset-aset Exco kerajaan negeri tetapi didapati tidak lengkah dan senyap begitu saja tanpa sebarang kemaskini.


Jadi bila Najib sudah keluar arahan ini, bermakna semua yang terbabit bukan sahaja wajib isytihar harta kepadanya seperti sebelum ini tetapi kini mereka wajib mengisytihar harta ahli keluarga terdekat dan menyerahkan salinan pengisytiharan itu kepada pejabat SPRM.

Keputusan terbaru kerajaan itu bukan saja memberi peluang kepada menteri Kabinet membersihkan nama diri sendiri, keluarga dan kerajaan secara keseluruhannya, malah mampu mewujudkan ketelusan serta integriti dalam pentadbiran negara.

Langkah itu membuktikan kerajaan benar-benar serius mewujudkan jentera kerajaan yang bersih daripada perbuatan salah guna kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.

Pasti banyak pihak mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memberi kebenaran kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakses dokumen pengisytiharan harta semua anggota pentadbiran kerajaan itu.

Ia selaras dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM supaya dokumen harta berkenaan diserahkan kepada suruhanjaya itu bagi meningkatkan ketelusan dan integriti kepada rakyat.

Proses itu mewajibkan setiap tambahan dan pelupusan harta diisytiharkan dan dibuat secara berkanun.

Cuma kini tumpuan kepada barisan pimpinan pembangkang termasuk Anwar yang didakwa menerima dana luar dan terbaru dikaitkan dengan Israel bagi berdepan PRU ke 13.

Dulu juga heboh cerita nak beli ahli parlimen BN supaya lompat sertai pembangkang tawan Putrajaya.

Tentu seluruh rakyat juga mahu tahu berapa banyak aset Anwar, rumah agamnya yang dikatakan bernilai RM7 juta tanpa , kereta mewah beliau dan keluarganya malah timbalan beliau Azmin Ali juga perlu berani menjelaskan soal pemilihan saham oleh isterinya serta kisah kereta mewah bewarna merah yang pernah dipaparkan beberapa blog sebelum ini.

Anwar, Azmin mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk peguam tersohor Karpal Singh yang membela pertuduhan liwat terhadap Anwar  sejak tiga tahun lalu juga patut berani ikut langkah pemimpin BN.

Namun, persoalannya, beranikah mereka?

Atau sekadar cakap mengentam dan menuduh pemimpin BN rasuah tetapi mereka sendiri tak ubah ayam jantan yang berkokok tetapi tidak bertelur pun sebaliknya ekor bergelumang tahi.

 

 

 

Dipetik daripada Agenda Daily

 

 

 

 
Share on Myspace
Share