Tue09192017

LAST_UPDATEWed, 20 Sep 2017 8am

12 Rakyat Malaysia Dalam Senarai Individu Terkaya Di Dunia 2017

TAN Sri Robert Kuok berjaya mendahului kedudukan 12 individu terkaya di Malaysia berdasarkan senarai terkini bilionair paling kaya di dunia yang dikeluarkan dalam laporan Forbes 2017.

Pemilik empayar Kuok Group itu, 93, menduduki tangga ke-151 dalam kalangan individu paling kaya di dunia dengan kekayaan bernilai AS$11.4 bilion (RM50.46 bilion), kedudukan ketiga di Asia Tenggara dan sekaligus kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia untuk 12 tahun berturut-turut.

Individu paling kaya di Asia Tenggara adalah milik hartawan hartanah dari Thailand, Charoen Sirivadhanabhakdi dengan nilai kekayaan AS$15.8 bilion (RM69.91 bilion), sementara pemilik SM Investments Corporation, Henry Sy dari Filipina menduduki tangga ke-2 dengan nilai kekayaan AS$12.7 bilion (RM56.20 bilion).

Menurut Forbes, kejayaan empayar Kuok Group adalah seperti minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Senarai jutawan Malaysia lain yang tersenarai dalam Forbes 2017 adalah Tan Sri Quek Leng Chan berada di kedudukan ke-202 dengan kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM30.1 bilion); Ananda Krishnan (tempat ke-219 dengan kekayaan bernilai AS$6.5 bilion (RM28.77 bilion); Lee Shin Cheng (tempat ke-348 dengan kekayaan bernilai AS$4.7 bilion (RM20.8 bilion); Tan Sri Teh Hong Piow (tempat ke-348 dengan kekayaan bernilai AS$4.7 bilion (RM20.8 bilion).

Tan Sri Lau Cho Kun (tempat ke-973 dengan kekayaan bernilai AS$2.1 bilion (RM9.29 bilion); Tan Sri Yeoh Tiong Lay (tempat ke-973 dengan kekayaan bernilai AS$2.1 bilion (RM9.29 bilion); Tan Sri Tiong Hew King (tempat ke-1030 dengan kekayaan bernilai AS$ 2 bilion (RM8.84 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (tempat ke-1161 dengan kekayaan bernilai AS$1.8 bilion (RM7.96 bilion); Tan Sri Dr Chen Lip Keong (tempat ke-1290 dengan kekayaan bernilai AS$1.6 bilion (RM7.08 bilion); Kuan Kam Hong (tempat ke- 1940 dengan kekayaan bernilai AS$1 bilion (RM4.42 bilion); serta Tan Sri Desmond Lim Siew Choon (tempat ke- 1940 dengan kekayaan bernilai AS$1 bilion (RM4.42 bilion).

 

Sementara pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia selama empat tahun berturut-turut dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$86 bilion (RM380.68 bilion), diikuti Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett (tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), manakala pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos berada di kedudukan ke-3 (AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion).

Untuk senarai penuh individu terkaya di dunia, klik di sini.

- mD