Sun10222017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Kit Siang Sepatutnya Gembira Dilabel 'Diktator', Bukannya Melenting

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya gembira dilabel sebagai diktator ekoran bertahan begitu lama bersama parti sejak penubuhannya pada 1966.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sudah berkali-kali bertukar pemimpin, DAP masih mengekalkan Kit Siang sebagai peneraju yang memimpin parti.

"Bila dia dilabel sebagai diktator, Kit Siang sepatutnya gembira kerana ramai pemimpin sudah melepaskan jawatan tetapi dia masih bersama DAP. Jadi kenapa nak marah?

"Sama seperti kes Mukhriz bila ada dakwaan beliau akan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Dalam kata lain, ianya merupakan satu penghargaan kepadanya. Mengapa perlu melenting," katanya kepada Malaysian Digest

Tambahnya, dakwaan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwanya sebagai diktator tidak salah, malah dakwaan tersebut sepatutnya diraikan.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat

"Sekiranya dakwaan diktator itu tidak benar, maka beliau perlu tampil untuk membuktikan sebaliknya.

"Kit Siang orang paling layak untuk menjawab persoalan ini," katanya lagi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Fuad Zarkashi sementara itu mendakwa Kit Siang kekal 'survive' sebagai diktator dan melepaskan Setiausaha Agung DAP selama yang disandang selama 30 tahun kepada anaknya, Lim Guan Eng secara tidak demokratik.

Ujarnya, cawangan DAP dikategorikan kepada A, B dan C dan hanya status A sahaja yang layak menghantar perkawilan ke Kongres Nasional DAP.

"Mana mana cawangan yang menentang akan di downgrade ke Kategori B atau C yang tidak layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. Berbagai alasan akan digunakan," kata Fuad.

Tuan Tat turut mengesahkan wujudnya kategori cawangan DAP ini.

Katanya, hanya delegasi dari cawangan kategori A sahaja yang boleh menghantar wakil untuk mengundi pemimpin dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Sesebuah cawangan itu boleh dijatuhkan kategori A kepada B jika sesebuah cawangan itu lewat menghantar laporan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) cawangan mereka.

"Dan jika perkara itu berlaku, mereka akan dikategorikan sebagai kategori B dan tidak boleh menghantar delegasi untuk mengundi jawatan CEC," ujarnya.

Kategori C pula kata Tuan Tat, biasanya diberikan kepada cawangan yang baru sahaja ditubuhkan.

- Malaysian Digest