Fri10242014

LAST_UPDATEFri, 24 Oct 2014 7pm

Disaji 'Kari' GRO Vietnam RM500

Sekadar gambar hiasan/ Pic: blogspot.comSekadar gambar hiasan/ Pic: blogspot.comKUALA LUMPUR: Dengan berselindung di sebalik premis kononnya menjalankan perniagaan restoran kari kepala ikan, sebuah pusat hiburan bukan sahaja menyediakan pelayan pelanggan (GRO) wanita warga Vietnam dalam premis itu, malah pelanggan juga boleh menerima layanan VIP di luar premis pada harga RM500.

Premis berkenaan beroperasi di sebuah bangunan di kawasan perindustrian Jalan 5, Jalan Chan Sow Lin, di sini. Walaupun terdapat papan tanda perniagaan restoran kari kepala ikan di bangunan itu, namun tiada perniagaan berkenaan dijalankan meskipun terdapat banyak kereta di luar premis itu pada setiap malam.

Berdasarkan maklumat awam yang sering melihat wanita seksi di atas bangunan itu, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu bangunan berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah malam kelmarin.

Ketua Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Asisten Superintendan Sharulnizam Jaafar berkata, 27 wanita Vietnam dipercayai GRO ditahan kerana bekerja di premis itu.

“Premis ini adalah sebuah pusat hiburan tidak berlesen yang menggunakan papan tanda sebuah restoran kari kepala ikan dan ini adalah kali pertama premis ini diserbu.

“Daripada 27 wanita terbabit, hanya sembilan memiliki pasport manakala selebihnya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Menurutnya, turut ditahan pemilik premis berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun.

“Siasatan mendapati semua wanita itu bukan saja menemani pelanggan ketika berhibur, malah boleh dibawa keluar untuk layanan seks pada harga RM500 semalam,” katanya.

Sementara itu, D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pula menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Bayam, Cheras jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, 11 GRO warga Thailand, seorang penjual kalung bunga warga China dan seorang penyanyi lelaki warga Thailand ditahan.

Pusat hiburan itu menggunakan taktik kalungan bunga untuk menempah GRO berkenaan. Kalungan bunga itu dijual pada harga RM20 hingga RM100 kepada pelanggan.

Selain itu, tiga jubah turut dijual dengan harga antara RM15,000 dan RM20,000 bagi memperoleh servis tambahan daripada GRO paling menarik.





-Harian Metro