Menangi x20 Pas Berkembar ‘The Descendents’

Print E-mail
  
Friday, 10 February 2012 12:07

Tujuh tahun selepas kejayaan  ‘Sideways’, sutradara Australia, Alexander Payne  kembali dengan bikinan terbarunya. ‘The Descendents;, sebuah filem drama-komedi . Diadaptasi dari novel nukilan Kaui Hart Hemmings. Di terajui aktor berprofil tinggi, George Clooney, bintang remaja Shailene Woodley serta Judy Greer, Matthew Lillard, Beau Bridges dan ramai lagi. Filem terbitan Fox Searchlight Pictures ni telah memenangi  dua anugerah – Best Picture & Best Actor (Goerge Clooney), di anugerah Golden Globe, pada Januari lalu.

 

Berlatar belakangkan pulau Hawaii, ‘The Descendents  mengisahkan Matt King (George Clooney) berdepan  dugaan dan dilemma. Satu, isterinya koma akibat tragedi kemalangan bot. Dua, dia perlu buat keputusan samada mahu pertahankan atau jual saja harta warisan keluarganya- sebidang tanah seluas 25,000 ekar yang terletak di Pulau Kaua’i. Tapi apa yang lebih memeranjatkan, anak perempuan sulungnya bagitahu dia satu rahsia - isterinya ada skandal dengan lelaki lain. Bagaimanakah Matt berdepan dengan semua ini???

 

‘The Descendent’ sarat dengan plot jalan cerita dengan mood sedih, kelakar dan intepretasi  cukup berkesan dari barisan pelakonnya .Di tayangkan mulai 16 Februari  ini. Nak tonton ‘The Descendents’ percuma? Jawab dulu soalan-soalan dibawah ni:

Tarikh tutup: 17 Februari 2012 


Required *


 

 



 
Share on Myspace
Share