Rara Zikry Sentiasa Di Ingatan. Al-Fatihah

Print E-mail
  
Friday, 02 December 2011 16:15

..

Dia bukan selebriti. Bukan juga anak mana-mana menteri. Bukan juga dikalangan saudara, jiran mahupun teman yang penulis kenali. Tetapi atas dasar perikemanusian, atas nama  saudara seislam, penulis terpanggil untuk berkongsi serba sedikit tentang insan istimewa ini.

 

Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.  Telah diberitakan kembali ke rahmatullah, tepat jam 10 malam tadi, di Pusat Perubatan Sunway. Antara anda barangkali sedia mengenali gadis 23 tahun ini. Paling tidak pun, pernah mendengar nama atau kisahnya yang mendapat liputan luas media massa kerana penderitaan yang ditanggungnya.  Atau pernah membaca kisahnya di laman Facebook.  Bagi yang tidak...

Manja dengan panggilan Rara Zikry, beberapa tahun sebelumnya, hidup bekas penuntut  jurusan rekaan dalaman Universiti Lim Kok Wing ni tidak banyak beza dengan remaja seusianya. Menjalani rutin harian dengan penuh nikmat disamping keluarga dan teman-teman.

 

..

Namun tanggal 19 Mac 2010, segala-galanya berubah hidup Rara. Hari itu, dalam kegembiraan  menjalani aktiviti berbasikal bersama kawan-kawan, arwah (yang memang ada asthma) tiba- tiba mengalami sesak nafas. Sejurus dibawa ke hospital, Rara koma.

Dua bulan selepas itu, dia sedar. Bagaimanapun Rara tidak seperti dulu. Oleh sebab kondisi Rara yang tidak begitu stabil, doktor mengesahkan dia mengidap Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (kekurangan oksigen ke otak).  Arwah tidak boleh bercakap, tidak dapat bergerak.

Sejak itu pelbagai usaha dilakukan keluarganya bagi mencari penawar, meskipun mengikut laporan saintifik tidak banyak kaedah yang dapat memulihkan Rara, sama seperti dulu. 

Semangat tidak putus asa famili dan kawan-kawan yang sentiasa menemaninya, jadi pembakar  semangat Rara untuk terus berjuang meneruskan hidup dan menghadapi ujian ini dengan tabah.

Kisahnya pernah di uar-uarkan dalam program Wanita Hari Ini di TV3 juga di saluran NTV7  beberapa bulan lalu bagi mencari sumbangan untuk menampung kos rawatannya yang sangat  tinggi.

Difahamkan, semakin hari setidak-tidaknya ada sikit perubahan positif yang ditunjukkan Rara. Sehinggalah semalam, Tuhan lebih sayangkannya. Rara pergi meninggalkan 1001 satu kenangan buat seluruh ahli keluarga dan kenalan.

Takziah kepada famili dan sahabat handai Rara. Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.  Amin. 



-mD

 

 

 

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share