Menangi 10 Pas Tayangan Berkembar dan 3 Poster 'J2TMI'!

Print E-mail
  
Monday, 23 January 2012 19:36

..

 

Percaya pada sesuatu yang mustahil. Terokai dunia yang penuh luar biasa. Journey 2: The Mysterious Island (J2TMI) merupakan sekuel Journey to the Center of the Earth (2008). Naskah action-adventure 3D ni penuh dengan cabaran, suspen, kelakar serta menyeronokkan!

 

Pengarah:Brad Peyton
Pelakon: Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens,
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2012
www.Journey2-asia.com

Siapa yang percaya cakap Sean Anderson (Josh Hutcherson)? Memang takder! Sebab ada ker dia nak pergi cari pulau misteri yang tak wujud. Katanya nak bongkar rahsia lagenda Jules Verne. Mengarut! Kononnya dia ada petunjuk-koordinat yang dikirim oleh datuknya yang berada di pulau misteri tu.

 

..


Betul-betul kerja giler! Sebab? Titik koordinat tu terletak di lautan Pasifik Selatan. Bukan senang nak melepasi lautan tu. Tiada siapa yang berani sebab besar cabaran yang perlu ditempuhi. Sean degil, dia nak pergi juga. Atas dasar tanggungjawab, ayah tirinya, Hank (Dwayne Johnson aka The Rock)  turutkan kehendak anak tirinya yang genius tu tapi keras kepala tu. Dengan satu syarat, mereka pergi berdua.

 

..



Mereka berjumpa seorang pemandu pelancong, Gabato (Luis Guzmán) dan anak perempuanya, Kailani (Vanessa Hudgens). Nak naik bot, takut tak mampu sampai sebab gelora laut dan ombak yang besar. Mujur, Gabato ada helikopter. Maka Pengembaraan baru penuh menakjubkan ke Palau kini bermula!!!

 

..



Sean betul! Siapa sangka Pulau Misteri benar-benar wujud. Pelbagai cabaran onak duri di tempuhi. Pulau Misteri penuh dengan pelbagai mahkluk dan kewujudan aneh seperti sumpah-sumpah gergasi, gunung berapi, lebah gergasi dan macam-macam lagi.

 

..



Tapi berjayakah Sean bongkar rahsia lagenda Jules Verne dan bertemu dengan datuknya? Dan sempatkah mereka semua menyelamatkan diri sebelum letusan gunung berapi menenggelamkan pulau penuh misteri itu?


Jawab soalan-soalan dibawah:

 

Required *


 

 

 

 
Share on Myspace
Share