Wawa Zainal Teringin Bercinta Dengan Shahiezy Sam

Print E-mail
  
Wednesday, 25 January 2012 09:22

..

 

Seminggu lalu tersebarnya gosip mengenai pendatang baru, Nurhawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal yang sekarang sedang gigih mencipta nama ini punya hubungan istimewa dengan pelakon popular Shaheizy Sam.


Gadis kelahiran Lahad ini telah pun menjelaskan dia dan Sam hanyalah sekadar kawan di bawah satu bumbung iaitu mereka bernaung di syarikat pengurusan MIG Talent Managment. Namun tidak dinafi, Wawa mngakui dia sememangnya meminati Sam.

"Saya dengan Sam tak rapat. Jumpa pun hanya masa di majlis-majlis. Kami sekadar kawan biasa. Saya akui saya adalah salah seorang peminat dia. Saya lihat Sam sebagai ikon dalam bidang lakonan ni dan idola saya. Tak lebih dari itu", katanya sewaktu ditemui di majlis Kesyukuran & Gong Xi Fai Chai, di Hotel Sunway baru-baru ini.

"Memang saya teringin nak bercinta dengan dia. Tapi... bercinta hanya dalam filem", tambah Wawa lagi menyatakan dia pasti tidak menolak seandainya berpeluang berlakon bersama Sam, pada masa akan datang.
   
Sementara itu Sam ketika di temui di majlis sama mengakui ramai yang keliru, menyebabkan mereka percaya dengan gosip tersebut. Hakikatnya secara kebetulan "Wawa" juga adalah nama bekas teman wanitanya dan bukan Wawa Zainal seperti yang di heboh-hebohkan.

"Orang salah sangka. Wawa tu nama ex-girlfriend Sam, nama sebenarnya Tengku Putri Najwa. Kami berkenalan sejak 2005 dan berpisah tahun 2007. Tapi sampai sekarang, saya masih rapat dengan famili dia. Dia pun masih rapat dengan famili saya". ujarnya.

Sam memberitahu dia terkejut apabila mendengar berita itu. Kalau dulu dia di gosipkan bercinta dengan pelakon-pengarah Norliana Samsudin atau Yana, dia masih boleh memahaminya disebabkan mungkin mereka rapat.

Namun apabila kali ini timbul pula kisah cintanya dengan Wawa, dia tidak ambil pusing jauh sekali mahu melenting. Sebaliknya bersikap tenang dan selamber. Malah ketika sesi temuramah dengan Wawa, Sam yang tiba-tiba datang ke arah kami sempat lagi mengusik gadis itu, "Eh, kita bercinta kan...?". Wawa hanya mampu tersenyum.
 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share