Emma Watson di Malaysia?

Print E-mail
  
Thursday, 26 January 2012 08:25

emma_watsonemma_watson

 

Betul ker tidak. Tapi yang pasti sejak malam tadi dunia Twitter Malaysia kecoh apabila ramai yang memperkatakan tentang seorang bintang A-list Hollywood, Emma Charlotte Duerre Watson atau sedia di kenali sebagai Emma Watson, berkunjung ke Malaysia.


Lebih menguatkan kesahihan khabar angin ini apabila sekeping gambar pelakon-model ni tersiar melalui beberapa tweet peminat hiburan tanah air dan mendakwa beliau kini berada di’sini.

Khabarnya gambar tersebut diambil di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur yang mana kelihatan Cik Watson di kaunter, sedang membuat pembayaran untuk barangan yang dibeli.

Tapi setakat ini tiada pula sebarang info rasmi mengatakan bintang Harry Potter ni di sini. Di akaun Twitter miliknya pun, tiada apa-apa info atau status mengatakan dia di Malaysia. Pelanduk dua serupa, mungkin. Tapi kalau betul...???

 

*nak lunch kat Pavillion la hari ni. Mana tahu, kalau-kalau terserempak dengan cik Emma Watson. hehe...

- mD








 

 
Share on Myspace
Share