|
|
|
Friday, 27 January 2012 01:41 |
|
.
Seorang lagi artis tanah air akan menamatkan zaman anak daranya. Pun begitu setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada tuan empunya diri. Namun sudah ada perkhabaran, Ana Raffali akan bernikah dengan pengurus peribadinya, Naim, pada 25 Februari depan. Dilaporkan majlis akad nikad penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ni akan berlangsung di Masjid Al- Hidayah ,Taman Melawati, jam 10 pagi.
Meskipun begitu, memetik laporan di portal mStar, disebabkan ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan, Ana enggan mengesahkan tarikh tersebut. Sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
Ana turut menyatakan dia berasa kecil hati dek dakwaan, dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya lantas disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga. Mana tidaknya, sikit sebanyak memberi gambaran buruk terhadap dia serta keluarga. Menyedari sebagai seorang artis, sudah menjadi kelaziman untuk berkongsi berita baik sebegini. Cuma dia mahu mencari masa yang sesuai untuk mengumumkannya.
Justeru, sama-sama lah kita nantikan pengumuman dari Ana sendiri. Dalam pada tu, saksikan juga persembahan Ana bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet menerusi taruhan lagu Kalau Berpacaran di AJL26 nanti. Dan kalau betul tarikh nikahnya 25 Februari, ucapan tahniah lebih awal untuk Ana dan Naim, daripada MD.
- mD
|