Khairi Jamaluddin

Latest:

ghost rider

this_means_war

Entertainment / Lifestyle

Eksklusif! Rahsia Terbongkar Dalam Doku Walimatul Urus Yusri KRU & Lisa Surihani
  Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka

‘Biru’ BIGBANG Tarik Perhatian 1.5 juta Viewer Dalam Masa 24 Jam!
  Dengan segala tragedi serta kontroversi yang dihadapi oleh dua daripada anggotanya iaitu Daesung dan GD sekitar pertengahan tahun lalu, akhirnya  tamat sudah tempoh’ hibernasi’ grup Hip Hop-R&B

Badan Semakin Berisi, Noraniza Idris Hamil?
  Lama rasanya tidak mendengar khabar berita tentang ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 30. Maklum saja lah, sejak mendirikan rumah tangga dengan Jeffri Hudi, 52, kira-kira lima bulan lalu, penyanyi

Sehari Sebelum Lisa Bergelar Isteri, Yusri Kembali Bergelar Suami
  Esok, akan berlansungnya majlis pernikahan pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani dan majlis persandingan bakal diadakan pada 26 Februari. MD kongsikan deretan foto bahagia kedua bakal raja sehari

Ika Nabila Perjelas Isu Lesbian
  Lepas satu-satu cerita panas mengenai gadis berusia 23 tahun ni. Tak cukup dengan isu baru-baru ni, di dakwa  ‘teguk air kencing setan’ di satu parti, hari ini timbul pula satu lagi kontroversi,

Popular di Indonesia, Kamal Adli Akui ‘Pinjam Nama’ Olivia & Mikha
  Beberapa bulan lepas, industri hiburan tanah air digemparkan dengan cerita pelakon yang sedang meningkat naik namanya ini, Kamal Adli, dikatakan menjalin cinta dengan aktres Indonesia, Olivia Jensen.

Hypertension Punca Hidung dan Mata Cat Farish Berdarah 9 Jam Tanpa Henti
  Tiga minggu lalu, bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, dilapor terlantar sakit di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. Beliau kemudiannya di masukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) selama dua hari.

6 Foto Misha Omar Bertunang Dengan Juruterbang, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini
  Penyanyi-pelakon yang pernah popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, 30, akhirnya selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Isnin lalu. Sekaligus menjawab segala spekulasi dan gosip

Ahmad Idham Bawa Masuk Helikopter ke IB Demi ‘Gerimis Mengundang’
  Setelah hampir tiga tahun selepas pementasan Impak Maksima The Musical (IMTM), pengarah profilik, Ahmad Idham tampil pula dengan Teater Gerimis Mengundang (TGM). Menarik, ia bakal melakar sejarah

Panas, Seksi & Ghairah! Aksi Berani Julie Woon Cetus Kontroversi
Sebut nama Julie Woon, pasti ramai lelaki yang tidak berkelip mata, walaupun hanya sekadar menyaksikannya wanita ini di kaca TV. Ternyata aura seksi pelakon-pengacara ini menjadi daya penarik utama.



Poll

Do you think having more debates between BN and Opposition leaders would benefit the people?
 

Friday, 27 January 2012 03:00
Last updated on Friday, 27 January 2012 18:14

Pierre Andre Cari Chantek Hingga ke Indonesia

Print E-mail
by Farahanim Rahim   

c4c4

 

Chanteq. Nama seorang gadis 'dambaan' Pierre Andre. Kerana Chanteq, Pierre berkampung di Indonesia selama seminggu. Siapa Chantek? Kekasih baru pelakon-pengarah muda lagi berkaliber ni, ker?

 

Nak kata ya, tidak. Nak kata bukan, pun tidak. Tapi satu yang pasti, Chantek ialah nama watak utama bagi filem romantik komedi bikinannya. Sebuah karya cinta secantik namanya, Chantek.

“Bukan mudah untuk mencari pemegang watak Chantek. Dia mestilah pandai bertutur bahasa Indonesia, berkebolehan bersuara seperti lelaki dan menari. Selama seminggu berkampung di Indonesia dengan kehadiran kira-kira 700 calon, akhirnya pelakon baru Indonesia yang sedang meningkat naik, Nurul Ekasari menjadi pilihan Pierre”, jelas produser filem Chantek.

 

..

 


Menelan kos RM1.4 juta, Chantek mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur. Ini merupakan filem kedua (filem pertama, Hijab) sentuhan Pierre dibawah terbitan Empat Semudra Plantations Sdn Bhd.

Mengisahkan Chantek (Nurul Ekasari), seorang gadis Aceh yang masih dibayangi peristiwa hitam tsunami yang melanda negaranya telah membawa diri ke Malaysia untuk mencari rezeki sekaligus membina kembali keyakinan dirinya. Chantek akhirnya ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah kepada Ad Adi (Pierre Andre), seorang pelakon Malaysia terkenal yang membawa diri ke sebuah pulau setelah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya menjadi buta.

 

..

 

Menarik dan lucu apabila Chantek bekerja bersama Ad, dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana Ad mengalami trauma terhadap perempuan kesan dipermainkan oleh tunangnya sendiri.

Daripada suara sehinggalah tingkah lakunya, Chantek terpaksa meyakinkan Ad yang dia adalah seorang lelaki. Namun, konflik mula terjadi apabila Ad mendapat tahu pembantu rumah yang disangkanya selama ini lelaki rupa-rupanya ialah seorang perempuan.

Walaupun telah dihalau, Chantek kembali kepada Ad demi cintanya yang mula mekar. Ceritanya tidak berakhir disini, penonton bakal dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terduga oleh mereka sendiri. Inilah kehebatan kisah cinta tersendiri nukilan Pierre Andre.

 

..

 


Filem ni memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk ‘Begitu Indah’, Turut dicantikkan lagi dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas dan selitan lagu popular Awi Rafael, ‘Pulanglah’ yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta Chanteq dan Ad.

Tak cukup dengan itu, ada suatu perkara yang mengujakan apabila penonton juga berpeluang menyaksikan Pierre Andre menunjukkan bakat nyanyiannya menerusi lagu ‘Madu dan Racun’

Dengan tagline ‘Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan’, Chantek membawa penonton memahami maksudnya diakhir cerita tanpa sebarang tekanan emosi atau penyimpangan mesej asal kerana filem ini adalah kisah cinta santai dan komedinya cukup menghiburkan seisi keluarga.

 

 

 

 Filem Chantek yang bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini juga menampilkan Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo. 

 

- mD







  

 

Add comment


Security code
Refresh

Share on Myspace