Khairi Jamaluddin

Latest:

ghost rider

this_means_war

Entertainment / Lifestyle

Eksklusif! Rahsia Terbongkar Dalam Doku Walimatul Urus Yusri KRU & Lisa Surihani
  Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka

‘Biru’ BIGBANG Tarik Perhatian 1.5 juta Viewer Dalam Masa 24 Jam!
  Dengan segala tragedi serta kontroversi yang dihadapi oleh dua daripada anggotanya iaitu Daesung dan GD sekitar pertengahan tahun lalu, akhirnya  tamat sudah tempoh’ hibernasi’ grup Hip Hop-R&B

Badan Semakin Berisi, Noraniza Idris Hamil?
  Lama rasanya tidak mendengar khabar berita tentang ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 30. Maklum saja lah, sejak mendirikan rumah tangga dengan Jeffri Hudi, 52, kira-kira lima bulan lalu, penyanyi

Sehari Sebelum Lisa Bergelar Isteri, Yusri Kembali Bergelar Suami
  Esok, akan berlansungnya majlis pernikahan pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani dan majlis persandingan bakal diadakan pada 26 Februari. MD kongsikan deretan foto bahagia kedua bakal raja sehari

Ika Nabila Perjelas Isu Lesbian
  Lepas satu-satu cerita panas mengenai gadis berusia 23 tahun ni. Tak cukup dengan isu baru-baru ni, di dakwa  ‘teguk air kencing setan’ di satu parti, hari ini timbul pula satu lagi kontroversi,

Popular di Indonesia, Kamal Adli Akui ‘Pinjam Nama’ Olivia & Mikha
  Beberapa bulan lepas, industri hiburan tanah air digemparkan dengan cerita pelakon yang sedang meningkat naik namanya ini, Kamal Adli, dikatakan menjalin cinta dengan aktres Indonesia, Olivia Jensen.

Hypertension Punca Hidung dan Mata Cat Farish Berdarah 9 Jam Tanpa Henti
  Tiga minggu lalu, bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, dilapor terlantar sakit di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. Beliau kemudiannya di masukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) selama dua hari.

6 Foto Misha Omar Bertunang Dengan Juruterbang, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini
  Penyanyi-pelakon yang pernah popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, 30, akhirnya selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Isnin lalu. Sekaligus menjawab segala spekulasi dan gosip

Ahmad Idham Bawa Masuk Helikopter ke IB Demi ‘Gerimis Mengundang’
  Setelah hampir tiga tahun selepas pementasan Impak Maksima The Musical (IMTM), pengarah profilik, Ahmad Idham tampil pula dengan Teater Gerimis Mengundang (TGM). Menarik, ia bakal melakar sejarah

Panas, Seksi & Ghairah! Aksi Berani Julie Woon Cetus Kontroversi
Sebut nama Julie Woon, pasti ramai lelaki yang tidak berkelip mata, walaupun hanya sekadar menyaksikannya wanita ini di kaca TV. Ternyata aura seksi pelakon-pengacara ini menjadi daya penarik utama.



Poll

Do you think having more debates between BN and Opposition leaders would benefit the people?
 

Friday, 27 January 2012 04:17
Last updated on Friday, 27 January 2012 04:30

Fahrin Ahmad Dambakan Wanita Biasa

Print E-mail
by Farahanim Rahim   

fahrin_ahmadfahrin_ahmad

 

Agak lama juga kita tak mendengar khabar jejaka nan seorang ni. Sedari peristiwa 'tragedi cintanya' yang sekitar 2 tahun lalu, sejak itu pelakon-pengacara Fahrin Ahmad, 33, seakan sepi dari publisiti. Tidak hilang ke mana, dia masih ada. Sibuk memberi tumpuan pada kerjaya katanya. Namun baru-baru ada desas desus desis, mengatakan dia sedang mengenali hati seorang pereka fesyen.


Kesempatan bertemu duta jenama pakaian Uniqlo ni di sidang media program terbaru Astro Ria, Misi 12, MD mendapatkan kepastian. Menafikan hal tersebut, Fahrin mengakui masih solo dan tidak menjalin cinta dengan sesiapa buat masa ini.

Fahrin juga memberitahu suku tahun 2012 ni lebih fokus dengan rutin-menjalani pengambaran drama, tugas pengacaraan di samping berjinak-jinak dengan dunia motivasi juga perniagaan.

"Kalau nak kata saya bercinta dengan pereka fesyen, memang tak. Saya ada ramai kawan termasuklah pereka fesyen. Mungkin sebab tu, orang salah sangka”, ujarnya ketika di temui di Ulu Yam, semalam.

Fahrin merupakan pengacara bagi Misi 12 sekaligus merangkap ikon abang long kepada 12 peserta program realiti tersebut.

Jelas Fahrin lagi, buat masa tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta dan kahwin. Namun tidak menafikan sedang mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Seseorang di kalangan orang biasa, bukan selebriti.

"Saya target nak kahwin masa umur 25 atau 26 tapi dah lepas target. Jadi mungkin sebab tu saya tak terlalu fikirkan sangat nak kahwin”,

Tapi, saya tetap masih mencari yang sesuai. Kalau ikut akal manusia saya, saya nak cari orang biasa. Bukan serik tapi pengalaman banyak mengajar. Dan saya rasa saya sesuai dengan orang biasa", katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fahrin kini giat sebagai motivator. Sejak Disember tahun lalu, dia bersama rakan kongsinya mengadakan bengkel motivasi menerusi modul 'Perisai Buat Wanita'. Modul yang memberi tips kepada para wanita bagaimana mengelak dari di perdaya dan dipergunakan oleh kaum lelaki.

Selain, dia kini sedang menjalani pengambaran drama 24 episod, Seindah Sakura. Fahrin juga berkerjasama dengan Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah serta Dr. Hj. Tengku Ismadi menjayakan bengkel motivasi. Malah sudah beberapa kali dia turut serta menjadi salah seorang penceramah dari segi berkongsi pengalamannya, di seminar kendalian kedua-dua pakar motivasi ini.

 

- foto oleh cipotredz

- mD

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

Add comment


Security code
Refresh

Share on Myspace