|
Farahanim Rahim
|
|
Sunday, 29 January 2012 12:59 |
|
aaron_aziz
Pelakon kelahiran kota Singa, Aaron Aziz, mengungguli dua kategori iaitu Selebriti Paling Kacak dan Hot Papa, di Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12.
Hero filem Ombak Rindu ni yang hadir bersama isterinya, Diyana Halik, mendapat sorakan gemuruh daripada ratusan peminat yang membanjiri perkarangan kompleks kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, sekaligus mengamatkan lagi acara penuh gilang gemilang yang berlangsung, malam tadi.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Acara anjuran majalah no.1, Media Hiburan ni turut di semarakkan lagi dengan persembahan barisan artis popular antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Adira, Awie Rafael, Aliff Aziz, Dafi dan ramai lagi.
Berikut Senarai Penuh Pemenang Anugerah PPMH 2011/12 ialah
Anugerah Ikon - Dato' Siti Nurhaliza
Selebriti Kacak - Aaron Aziz
Selebriti Jelita - Rozita Che Wan
Selebriti Sailo - Stacy
Selebriti Favorit - Shaheizy Sam
Duda Hot - Yusri
Janda Hot - Nora Danish
Selebriti Cekal - Abby Abadi
Hot Papa - Aaron Aziz
Hot Mama - Ziana Zain
Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit
Rambut Menawan (Wanita) - Fauziah Ghous
Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi
Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira
Seksi (Lelaki) - Norman Hakim
Seksi (Wanita) - Fazura
Anugerah Khas Media Hiburan - Datuk Yusof Haslam
Selebriti Harapan - Yuna
|