|
Farahanim Rahim
|
|
Monday, 30 January 2012 11:38 |
|
Nora_Danish1
Tahun 2012 adalah tahun yag baik buat pelakon jelita aka ‘hot mama’ Nora Danish, kerana lepas satu-satu tawaran berlakon yang diterima. Pun begitu, dalam pada sibuk di lokasi penggambaran, janda anak satu ni baru-baru ini digosipkan sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar kolej swasta terkemuka di Kuala Lumpur.
Bertemu Nora Danish dia malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan, Sabtu lalu, semetelah tuan empunya diri menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan penuntut yang jauh lebih muda darinya.
Terkejut dengan perkhabaran tersebut, Nora berkata, cerita itu adalah tidak benar sama sekali. Malah dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.
"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan sebab kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," katanya.
Doakan Jejai & Fasha Bahagia Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya, Rizal Ahsram (Jejai) dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.
Bagaimanapun katanya, jika berita berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.
"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu dia kini sedang sibuk di lokasi drama Jujur Aku Dayus selain beberapa drama bersiri lain dan tawaran filem yang masih dalam pertimbangannya. Disebabkan fokusnya pada kerja, buat masa ini tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.
- mD
|