Foto Pra-Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai Tersebar!

Print E-mail
  
Tuesday, 31 January 2012 07:10


foto dipetik dari RotiKaya.comfoto dipetik dari RotiKaya.com

 

Pelakon jelita Fasha Sanda sudah pun mengesahkan dia bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Rizal Ashram aka Jejai, dalam tahun ini. Cuma tarikh sebenar majlisnya masih belum di umumkan secara rasmi. Dalam pada sengaja dibiarkan para peminat juga pemerhati media terus tertanya-tanya bilakah agaknya tarikh istimewa itu, di beritakan sekeping foto di percayai foto pra-perkahwinan pasangan dua sejoli ini, telah tersebar di internet.


Di laman blog hiburan RotiKaya.com, terpampang gambar dari satu sesi fotografi pra-perkahwinan Fasha Sandha & Jejai yang mana sesi penggambarannya di adakan sekitar Disember lalu di sebuah lokasi rahsia.

Selain itu, Fasha & Jejai di khabar mengenakan persalinan dari pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini untuk sesi fotografi pra-perkahwinan tersebut.

 

foto dipetik dari Rotikaya.comfoto dipetik dari Rotikaya.com


Melihat pada gambar nan sekeping itu, di jari manis Jejai tersarung sebentuk cincin-dan menurut sumber, spekulasi kuat mengatakan cincin itu adalah cincin pertunangan mereka.



- mD

 

 

 

 

 

 




 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share