"Masalah cinta dihadapi Pierre bukan balasan Tuhan" – Yana Samsudin

Print E-mail
  
Thursday, 02 February 2012 09:40

..

 

Kisah cinta dia dan pelakon-pengarah muda Pierre Andre suatu ketika dulu kini hanyalah sejarah lama. Buat masa ini dia tidak memikirkan soal cinta kerana yang lebih penting sekarang sebaliknya mahu menumpu sepenuh perhatian pada kerjaya. Bagaimanapun  Liyana Samsudin berharap jejaka yang pernah bertakhta di hatinya itu tidak menganggap masalah cinta yang dihadapinya  dengan seorang kerabat diraja Terengganu, sebagai satu pembalasan Tuhan.


Memetik kenyataannya di portal mStar, Liyana atau mesra dengan disapa Yana memberitahu, Pierre tidak seharusnya bersikap begitu kerana setiap yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

Baru-baru ini pengarah yang bakal tampil dengan filem terbarunya, Chantek itu membuat kenyataan di sebuah blog hiburan, mendakwa masalah cinta yang berlaku di antara dia dengan seorang kerabat diraja Terengganu pada ketika ini mungkin satu balasan Tuhan selepas dia memutuskan hubungan cintanya degan Yana suatu ketika dahulu.

 

Pierre AndrePierre Andre

 


Pierre turut mendakwa, kerabat diraja Terengganu yang dikenalinya sejak empat tahun lalu itu mungkin sudah tawar hati terhadapnya apabila enggan menjawab panggilan telefon serta membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas bekerja di Singapura.

Cerita Yana, keretakkan hubungannya dengan Pierre suatu ketika dahulu mungkin kerana tiada jodoh tetapi mereka tidak pernah bermusuh sebaliknya dia sentiasa mendoakan pelakon itu berada dalam keadaan baik serta bertemu jodoh dengan wanita yang sesuai.

Bagaimanapun kata Yana, tidak dinafi pada peringkat awal mereka memutuskan ikatan percintaan, dia sedikit bingung dengan kejadian tersebut kerana berasa kehilangan orang yang benar-benar rapat dalam hidupnya.  

Yana juga berharap mahu masalah cinta Pierre tersebut tidak mengganggu emosinya berharap bekas kekasihnya itu bertambah kuat menghadapi ujian tersebut dan tidak menyalahkan sesiapa.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 


 

 
Share on Myspace
Share