|
|
|
Friday, 03 February 2012 13:40 |
|
.
Penyanyi dangdut yang pernah popular satu ketika dahulu, Ani Mayuni dilaporkan dibelasah oleh suaminya sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala, leher, dada dan tangan.
Ani Mayuni mendakwa dipukul, ditendang dan kepalanya dihentak ke dinding oleh suaminya sehingga terpaksa membuat laporan polis, semalam.
Memetik tabloid popular Harian Metro sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. Ani Mayuni telah pun membuat laporan polis atas kekasaran yang dilakukan oleh suaminya.
Hmm.. Takkanlah kerana membuat pesanan membeli sarapan pun sampai boleh kena belasah kan? Pasti ada sesuatu yang kita tak ketahui. Harap Ani bersabar dan cuba cari jalan penyelesaian yang sewajarnya.
- mD
|