|
|
|
Wednesday, 08 February 2012 00:39 |
|
.
Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu, Adira (AF8), mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing berikutan terpampang sekeping gambarnya di beberapa laman blog hiburan.
Memetik kenyataan di mStar, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, memberitahu anjing yang dipeluk itu bukan miliknya. Tetapi ia kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.
Jelas Adira lagi, gambar itu juga adalah gambar lama yang mana diambil pada tahun lalu ketika dia sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakaknya yang bukan beragama Islam. Lalu gambar itu dijadikan profil di dalam telefon bimbitnya. Pun begitu, Adira menyatakan dia tidak tahu menahu bagaimana gambar itu boleh tersebar.
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkalnya itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.
Tambahnya lagi, dia memeluk anjing itu dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Dia memeluk anjing itu kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Meskipun tahu ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Bagaimanapun Adira mengaku dia cua dan kurang peka akan situasi tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Justeru dengan pengakuan tersebut, Adira berharap agar para peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentamnya mahupun golongan artis lain dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.
- mD
|