Sum 41 Gegar Kuala Lumpur 14 April Ini!

Print E-mail
  
Wednesday, 08 February 2012 00:58

..

 

Sepertimana yang di dengari para pencinta muzik sejak beberapa bulan lepas, fasal band Sum 41 bakal kasi gegar Malaysia. Kini bukan lagi khabar angin semata, diberitakan konfem, band Punk Rock dari Ajax, Ontario, Kanada ni bakal menghiburkan peminat-peminat  pada April ini.


Setelah membatalkan kemunculan pertama mereka di sini  yang sepatutnya membuat persembahan di Festival Rockaway tahun lalu, kali ini dipersembahkan oleh Livescape, atas nama ‘Special Rockawayfest Showcase’,  Sum 41 akan beraksi pada 14 April depan, jam 8 malam, bertempat di KL Live Center, jalan Sultan Ismail, KL.

Pembatalan persembahan lalu di sebabkan insiden vokalis utamanya, Deryck Whibley, yang mengalami kecederaan di salah satu konsert , sehingga terpaksa membatalkan persembahan konsert jelajah 2011, mereka yang seterusnya. 

 

..



"Kami amat gembira, akhirnya Sum 41 akan mengadakan konsert di Malaysia. Kami semua kecewa apabila mereka tidak dapat membuat tahun lalu.  Tetapi dari apa yang saya dengar, mereka telah merombak semula persembahan mereka khas untuk kunjungan kali ini. Tambah menarik Sum 41 akan mengakhiri konsert jelajah dunia Screaming Bloody Murder  mereka, di sini. Dan kami berharap peminat akan memenuhi KL Live nanti”, kata pengarah Livescape, Rahul Kukreja.

Di anggotai Deryck Whibley (vocal utama, gitar rhythm), Tom Thacker (gitar utama, back-up vocal), Jason McCaslin (bass, back-up vocal) dan Steve Jocz (drums), Sum 41 dikenali sebagai ikon band Punk Rock dalam industry muzik sejak tahun 1996. Kemudian pada tahun  2001 mereka release-kan debut berjudul  All Killer, No Killer. Sekaligus berjaya mencetus fenomena di arena mainstream menerusi single Fat Lip yang mana berjaya menduduki di tangga no.1 carta Billboard Modern Rock Track. Selain Sum 41 juga sukses dengan deretan album studio yang lain seperti  Does This Look Infected? (2002), Chuck (2004), Underclass Hero (2007) dan Screaming Bloody Murder (2011).

 

BunkfaceBunkface

 

One Buck ShortOne Buck Short

 


Konsert Sum 41 turut di hangatkan lagi dengan persembahan pembuka oleh dua band hebat tanah air, Bunkface dan One Buck Short. Jadi cepat-cepat dapat tiket dari harga RM108 (terhad), RM138, RM158 dan VIP RM238 (makan dan minuman di sediakan) Maklumat lanjut, layari www.livescapeasia.com

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 


 

 
Share on Myspace
Share