|
.
Kalau anda rasa Katharine McPhee @ Kat masih kekal dengan jolokan naib juara paling comel American Idol musim ke-5 untuk beberapa musim lepas. Nampak gaya, kenyataan itu bakal berubah kerana pelakon-penyanyi berusia 27 tahun ni sekarang cuba mencipta title baru dirinya – dari seorang yang manis ayu kepada seorang wanita seksi.
Sebagai bukti, Kat, baru-baru ini tampil sebagai muka depan majalah GQ keluaran Mac, depan. Seperti yang dijangka, apa yang pastinya menjadi perhatian, gaya berani lagi seksi Kat beraksi di dalam tab mandi.
.
Sementara intipati temuramahnya pula dalam majalah tersebut, Kat mengunakan peluang dan ruang sebaik-baiknya mempromosikan drama muzikal lakonannya berjudul Smash. Bukan setakat tu, Kat juga buka rahsia dan titipkan pesanan buat para lelaki sejati, kenapa mereka perlu menonton drama bersiri terbitan NBC yang semakin menjadi fenomena itu. Ada tiga sebab,
.
Sebab pertama: Kalau biasanya si perempuan selalu buat sesuatu demi lelaki. Kini tiba masanya anda (lelaki) lakukan (tonton Smash) demi buah hati anda.
Sebab kedua: Kata Kat, dia faham kenapa kaum lelaki tak suka tonton Glee sebab siri tu banyak sangat adegan menyanyi- dah nama pun musical show kan… Tapi siri ni lain! Paling banyak pun ada tiga lagu jer untuk satu episod.
Sebab ketiga: “Okaylah, apa kata kalau macam ni, di episod ke-5 nanti, saya akan buka baju. Gerenti rating naik, kan! Nak tahu betul ker tidak saya buka baju, kenalah tonton Smash!"- Katharine McPhee.
- mD
|