“Dia hanya kawan, bukan kekasih saya” – Hafiz

Print E-mail
  
Wednesday, 08 February 2012 02:42

Foto dipetik dari OhBulan.comFoto dipetik dari OhBulan.com

 

Ketika dia masih lagi dalam mood merai kemenangan tatkala lagu dendangannya, Awan Nano dinobat Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) serta memenangi Vokal Terbaik, tiba-tiba heboh apabila baru-baru ni gambarnya bersama seorang gadis, terpampang di beberapa blog hiburan tempatan. Spekulasi tersebar luas, mengatakan itulah kekasih baru penyanyi yang juga pernah popular menerusi single Noktah Cinta itu.


Namun Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menafikan dakwaan tersebut.

Memetik kenyataan di portal mStar, kata Hafiz, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini. Hafiz juga mengakui dia masih fobia dek pengalaman lalu.

Enggan mendedahkan identiti gadis di dalam gambar itu dengan alasan menghormatinya, bagaimanapun Hafiz menjelaskan gadis itu adalah kawannya dan mereka belum sampai ke tahap bercinta. Apapun, mereka saling mengenali hati budi masing-masing.

Berkenaan dengan bagaimana gambar itu boleh tersebar, Hafiz memberitahu dia sama sekali tidak pernah meletakkan gambar sebegitu di laman sosial miliknya. Lantaran dia yakin, ada pihak lain yang cuba berniat buruk kepadanya yang berbuat sedemikian memandang dia menyedari selama ini ada sesetengah pihak yang kurang senang dengannya. 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share