|
|
|
Monday, 20 February 2012 10:50 |
|
.
Tahukah anda, gadis ini pernah dinobatkan Penyanyi Terbaik di pertandingan Asia Bagus di Singapura pada pada 1992 dan 1993. Mendapat jolokkan Siti Nurhaliza nombor dua di Indonesia, itu juga merupakan satu jolokan yang boleh dibanggakan bagi Winnie Kok sendiri sebagai penyanyi berbangsa Cina.
Namun bukan semata rangkaian kejayaannya yang ingin di kongsikan tetapi ada cerita lain mengenai penyanyi ini. Dia ada single baru, tidak. Dia bakal tampil dengan album baru, pun bukan.
Baru-baru sepertimana yang kenyataan di dalam portal murai.com, segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.
Ramai juga yang terbeliak biji mata, selepas menatap foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja.
Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.
Secara tak langsung telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.
Tapi persoalannya benarkah wajah model itu adalah Winnie Kok? Pelanduk dua serupa barangkali atau… almaklum lah di zaman sekarang ni macam-macam teknik illustrasi yang boleh di aplikasikan. Dan kalau pun betul itu Winnie, dia mungkin punya sebab tertentu mengapa dia menerima tawaran sebagai duta pakaian dalam tersebut. Tapi yang bagusnya, Winnie tidak sewenang-wenangnya mengambil gambar bogel hanya nak melepaskan nafsu. Seperti mana yang berlaku pada setengah selebriti tempatan.
- mD
|