Kontroversi Video Bogel: Melia Aimiellia Sangkal Persamaan Cincin & Fizikal

Print E-mail
  
Monday, 20 February 2012 11:58

..

 

Sejak seminggu lalu, nama heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) panas lantaran menjadi topik perbualan ramai gara-gara sebuah video lucah yang tersebar yang mana sekaligus timbul dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video tersebut. Spekulasi bertambah kukuh berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari gadis di dalam video itu.


Bagaimanapun memetik kenyataan di portal mStar, gadis 19 tahun itu menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan ia adalah tuduhan yang mengarut.

Kata Melia sesiapa pun boleh memakai cincin seperti itu memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini. Tambahannya lagi, adalah tidak berasas jikalau hanya kerna cincin itu kelihatan sama, maka dia dituduh ‘heroin’ video bogel tersebut.

Selain itu, Melia menegaska ciri-ciri fizikal gadis di dalam video itu juga tidak sama dengan dirinya. Perkara itu turut diakui oleh ibu kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

Tidak dinafikan Melia berasa agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu. Apatahlagi hal sebegini melibatkan maruah serta nama baik dia dan keluarga. Namun berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan, dia dapat menghadapinya dengan tenang. Bahkan, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubunginya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.

Tidak mahu memburukkan lagi keadaan, kata Melia, dia tidak menuduh sesiapa yang cuba merosakkan nama baiknya. Apapun dia menganggap penyebaran video itu mungkin berpunca daripada kesilapan yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.

 

-mD










 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 
Share on Myspace
Share