Wajah Bengkak & Menggerutu, Almy Nadia Terkena 'Air Kencing Puntianak'

Print E-mail
  
Tuesday, 21 February 2012 08:56

..

 

Dikala kini timbul kebimbangan ramai mengenai virus kencing tikus, pelakon Almy Nadia pula mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu.


Memetik kenyataan di portal mStar, Almy berkata, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah.

Dia sendiri pun begitu takut  mahu melihat  muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail memintanya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

Difahamkan Almy terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dengan seorang ustazah. Ketika itulah dia diberitahu yang wajahnya terkena ‘air kencing puntianak’.

Dalam pada itu, kekasih kepada pelakon, Fizz Fairuz, ni juga menyatakan mungkin ada perkara yang tidak betul dilakukannya ketika melakonkan babak tersebut.

Tambah Almy, ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama.

Bagaimanapun selepas seminggu wajahnya kembali normal. Namun Almy sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak ketika menjalani penggambaran drama yang sama pada minggu lalu. Mujur keadaanya kini beransur pulih.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 



 
Share on Myspace
Share