Ahmad Idham Bawa Masuk Helikopter ke IB Demi ‘Gerimis Mengundang’

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 22 February 2012 02:47

..

 

Setelah hampir tiga tahun selepas pementasan Impak Maksima The Musical (IMTM), pengarah profilik, Ahmad Idham tampil pula dengan Teater Gerimis Mengundang (TGM). Menarik, ia bakal melakar sejarah tersendiri.  Kali ini sebuah helikopter bakal mendarat ke pentas Panggung Sari, Istana budaya (IB). Gerenti gempak!


“Kalau dulu Impak Maksima saya bawa masuk kereta, untuk teater kali ni saya cuba membawa satu lagi kelainan dengan nak bawa masuk helikopter pulak”, kata Ahmad Idham sewaktu ditemui di majlis sidang media Teater Gerimis Mengundang, di Istana Budaya, semalam.

Sementelah watak Zamani lakonan Kamal Adli dalam teater tersebut sebagai juruterbang adalah faktor utama mengapa dia optimis untuk membawa masuk sebuah helikopter dalam pementasan tersebut.

 

(Dari kiri)Den Wahab, Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Kamal Adli, Mikha Tambayong, Penerbit Bersekutu Erama Creative, Datuk Afendi Hamdan, dan Ahmad Idham (paling kanan), ketika di majlis sidang media.(Dari kiri)Den Wahab, Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Kamal Adli, Mikha Tambayong, Penerbit Bersekutu Erama Creative, Datuk Afendi Hamdan, dan Ahmad Idham (paling kanan), ketika di majlis sidang media.

 


Tambahan kejayaan Impak Maksima di IB dan kemudiannya bersambung pula di pentas Espelande di Singapura, sedikit sebanyak telah membuka matanya selaku pengarah, mengenai kepentingan props dalam sesebuah teater.

Diinspirasi dari filemnya (dijangka ditayangkan dipawagam pada Mei nanti) yang mengguna pakai judul yang sama, teater ni merupakan prekuel. Sekaligus ia juga eksperimentasi  Ahmad Idham di mana naskah Gerimis Mengundang ni di terjemahkan pentas teater dahulu kemudian kesudahan ceritanya berakhir di layar perak. Dalam erti kata lain, kesudahannya teater ini adalah permulaan kepada filemnya nanti.

“ Mungkin ramai yang tak tahu, di Indonesia lagu Gerimis Mengundang begitu mendapat sambutan hangat. Sehinggakan di sana lagu ni dah dinyanyikan dalam 14 dialek berbeza. Itu yang mencetuskan idea untuk membuat filem dan seterusnya teater Gerimis Mengundang, ujar Idham lagi.

Teater muzikal ni diselitkan lebih kurang 20 lagu terdiri dari lagu lama dan ciptaan baru. Lagu-lagu tersebut digubah oleh Cat Farish dan Jasni. Sementara Ahmad Idham turut dibantu oleh Taiyuddin Bakar (Tai Hantu Bonceng), selaku penolong pengarah.

 

Persembahan gimik- adegan lakonan oleh Kamal & Mikha. Sementara Brenda menyanyikan lagu 'Gerimis Mengundang'Persembahan gimik- adegan lakonan oleh Kamal & Mikha. Sementara Brenda menyanyikan lagu 'Gerimis Mengundang'



Bertemakan cinta romantik, TGM diterajui gandingan pelakon yang sedang rancak mencipta nama, Kamal Adli dan aktres remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong. Mengisahkan Zamani (Kamal) bakal juruterbang muda, bertemu dengan seorang gadis Indonesia bernama Mikha. Pertemuan itu berlaku ketika insiden beg Mikha diragut. Kebetulan Mikha rupa-rupanya belajar satu kolej dengan adik sepupu Zamani. Di situlah bermulanya perkenalan mereka dan kemudian membawa kepada bibit cinta. Namun Zamani perlu membuat pilihan antara Mikha atau kekasihnya, Yana. Adakah cinta  akan sampai di penghujungnya?

Saksikan sebuah kisah cinta serumpun yang mampu menyentuh perasaan dan bisa buat anda mengalirkan airmata. Teater Gerimis Mengundang terbitan kolaborasi di antara Erama Creative, Excellent Pictures dan Global Networks ni akan membuka tirai bermula 27 Mac hingga 8 April 2012. Tiket-tiket berharga bermula RM25, RM55,RM75,RM105,RM155 & RM305, boleh di dapati dari laman sesawang www.ticket2u.biz juga di kaunter ‘Box Office’ Istana Budaya.

 

- Foto-foto oleh cipotredz

- mD

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share