6 Foto Misha Omar Bertunang Dengan Juruterbang, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

Print E-mail
  
Wednesday, 22 February 2012 03:59

..

 

Penyanyi-pelakon yang pernah popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, 30, akhirnya selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Isnin lalu. Sekaligus menjawab segala spekulasi dan gosip yang timbul sebelum ini, dia kononnya dalam senyap-senyap sudah berkahwin. Malah ada yang kata dia adalah isteri kedua kepada seorang VVIP.


Namun kini yang nyata, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ni sah menjadi tunangan kepada Firos Ezzwan Rossly, 30, merupakan seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS).


Perkenalan sejak enam tahun lalu, membawa kepada ikatan pertunangan. Atas permintaan kedua belah keluarga, majlis diadakan secara tertutup di rumah keluarga Misha, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan. 

 

..


Menerima lima dulang hantaran berbalas lima, pelantun lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin.

Bagaimanapun, pelakon GK3 The Movie ini masih belum menetapkan menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini. Tahniah Misha!

 

..

..

..

..

..

 

 

- Foto-foto dipetik dari gua.com

- mD  

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 
Share on Myspace
Share