Ika Nabila Perjelas Isu Lesbian

Print E-mail
  
Wednesday, 22 February 2012 11:26

Foto oleh Cipotredz.Foto oleh Cipotredz.

 

Lepas satu-satu cerita panas mengenai gadis berusia 23 tahun ni. Tak cukup dengan isu baru-baru ni, di dakwa  ‘teguk air kencing setan’ di satu parti, hari ini timbul pula satu lagi kontroversi, Ika Nabila seorang lesbian. Ia bukanlah kisah baru yang dikaitkan dengan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 ini. Kerana cerita tentang pelakon drama Apa Celop ni menjalinkan hubungan songsang dengan pengurus sendiri, sebetulnya telah pun kecoh sejak tahun lepas.


Dan hari ini akhbar tabloid sensasi, Harian Metro kembali membuka semula kontroversi tersebut berikutan foto intim membabitkan dia dan pengurusnya, Adlin tersebar di internet. Pelakon yang nama penuhnya, Ika Nabila Abdul Rahim ni dengan tegas menyatakan yang dia bukan lesbian. Mungkin setiap kali ke lokasi penggambaran atau ke mana-mana dia sering ditemani golongan ‘wanita kental’ menyebabkan dia terheret sama dengan isu cinta sejenis.

Ika juga menjelaskan meskipun mempunyai teman rapat di kalangan pengkid, itu tidak bermakna dia tertarik untuk menjalinkan hubungan sejenis. Baginya, wanita dijadikan untuk lelaki begitulah sebaliknya.

Dengan sokongan dan nasihat daripada keluarga, Ika dapat menghadapi situasi serta kontroversi -kontroversi yang melanda dirinya ini, dengan tenang.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 



 





 

 
Share on Myspace
Share